Muslihat BN Di Sebalik Pemansuhan ISA and EO
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telahpun dimansuhkan oleh kerajaan BN sebagai salah satu agenda "janji ditepati" yang dilaung-laung olehnya pada dan sebelum pilihanraya umum ke-13 yang lalu.
Sebaik sahaja kedua-dua ISA dan EO ini dimansuhkan, kegiatan jenayah menjadi semakin berleluasa, diikuti dengan keganasan dan kejadian pembunuhan satu persatu yang sungguh menakutkan. Kesemua kejadian tersebut jelas telah menggemparkan rakyat jelata dan ramai di kalangan rakyat juga semakin bimbang dan takut untuk keluar rumah oleh kerana peningkatan kadar jenayah yang telah menjadi semakin serius.
Apabila semakin ramai mula merungut mengenai kejadian keganasan jenayah yang menjadi semakin berleluasa, kerajaan dan para pemimpin BN pula melemparkan masalah tersebut kepada para pemimpin pertubuhan-pertubuhan (NGO) hak asasi kemanusiaan dan parti-parti pembangkang kerana merekalah yang telah berkempen agar ISA dan EO dimansuhkan dengan segera.
Sebagai alasan kadar jenayah dan keganasan yang semakin meningkat, kerajaan BN kini telah berjaya mewujud semula ISA dengan suatu nama baru yang bergelar, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), dan kini juga sedang berusaha untuk mewujudkan semula EO dengan satu lagi nama baru, Akta Pencegahan Jenayah 2013 (PCA).
Kenapa kita katakan kedua-dua SOSMA dan PCA itu adalah undang-undang gantian kepada ISA dan EO? Ini adalah kerana kaedah-kaedah dan peruntukan yang terdapat di dalam kedua-dua akta tersebut hampir menyerupai akta-akta lama yang telah dimansuhkan.
Persoalannya di sini adalah, kenapa pula kadar jenayah dan keganasan terus meningkat dengan mendadak sebaik sahaja kedua-dua ISA dan EO itu dimansuhkan? Secara kebetulan? Ataupun ianya sengaja dilakukan bagi menakut-nakutkan rakyat jelata? Seperti ada niat untuk menghukum rakyat jelata, para pemimpin pembangkang dan aktivis-aktivis hak sivil di atas kekalahan teruk BN di dalam pilihanraya umum yang lalu.
Ya, seperti satu kebenaran, kerana para pemimpin BN mula menyalahkan mereka-mereka yang menentang ISA dan EO di atas peningkatan kadar jenayah dan keganasan secara terbuka, khususnya dari kalangan parti-parti pembangkang dan NGO-NGO hak asasi kemanusiaan yang selama ini berjuang dan berkempen agar kedua-dua ISA dan EO yang kejam dimansuhkan dengan segera.
Tindak balas segera yang ditunjukkan oleh kerajaan BN jelas menunjukkan adanya komplot dan muslihat di sebalik pemansuhan ISA dan EO di mana ianya kemudian digantikan pula dengan SOSMA dan PCA. Kemungkinan adanya komplot di dalam kerajaan BN amat jelas terpapar sekarang.
Sebelum SOSMA dan PCA diketengahkan, jenayah dan keganasan menjadi semakin berleluasa, pada masa yang sama, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan peningkatan jumlah anggota polis di seluruh negara..
Masalahnya adalah, dengan peningkatan jumlah anggota polis di seluruh negara, di manakah usaha pencegahan mereka? Kenapa pula anggota-anggota polis ini langsung tidak kelihatan apabila berlakunya kejadian jenayah di kebanyakan tempat, khususnya di negeri Selangor?
KDN dan PDRM tidak boleh sekadar memberikan alasan kononnya kekurangan undang-undang berkesan untuk memerangi jenayah. Itu bukanlah satu alasan yang kukuh dan boleh diterima. Janganlah cuba menipu rakyat jelata dengan alasan yang sedemikian rupa tidak masuk akal.
Walaupun terdapat SOSMA dan PCA, jenayah dan keganasan akan tetap wujud selagi tidak ada usaha pencegahan yang berkesan. Ke mana perginya jumlah anggota polis yang begitu ramai, hasil daripada pengambilan baru ramai anggota-anggota polis yang baru? Kesemua anggota polis ini telah ditugaskan di dalam Cawangan Khas (SB) untuk menentang kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang dan NGO-NGO hak asasi kemanusiaan serta memerhati gerak-geri mereka dari semua sudut?
Bukan sahaja jumlah anggota polis telah ditambah, bahkan anggota RELA dan Pertahanan Awam juga turut telah digerakkan untuk "memerangi" jenayah dan keganasan. Akan tetapi elemen-elemen negatif yang ganas itu tetap berlaku dan telah menjadi semakin serius. Kenapa? Kerana SOSMA dan PCA tidak ada pada masa itu? Itu semua adalah tidak benar.
Jika polis, RELA dan Pertahanan Awam serta sukarelawan polis pun tidak dapat mengawal keadaan, adalah dengan adanya SOSMA dan PCA, keadaan akan menjadi lebih terkawal ataupun sebaliknya.
Laporan kajian yang dibuat oleh sebuah firma audit bertaraf antarabangsa telahpun mengesahkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang paling rasuah di Asia Tenggara dan benua Asia pada keseluruhannya.
Dengan adanya begitu ramai anggota penguatkuasa undang-undang, adanya SOSMA dan PCA, adakah jenayah dan keganasan dapat dibenteras dengan lebih berkesan, jika sekiranya rasuah terus berleluasa khususnya di dalam jentera kerajaan itu sendiri?
BN hanya menggunakan tipu muslihat sedemikian untuk mengeluarkan alasan bagi mengembalikan undang-undang yang telah dimansuhkan dalam bentuk yang baru. Ianya bukan kepentingan rakyat jelata tetapi dilaksanakan untuk mengekalkan kuasa mereka semata-mata.
Nampaknya rakyat jelata jelas telah ditipu oleh BN.