Dapat Peruntukan, BN Macam Mana?
Sepertimana yang telah diketahui rakyat jelata, kerajaan negeri Pulau Pinang adalah negeri yang pertama meluluskan peruntukan tahunan untuk ahli-ahli dewan undangan negeri (Adun) pembangkang daripada Umno. Apa kata para Adun dari Umno itu? Ucapan terima kasih pun tidak diperkatakan, malah sindiran dijadikan ganti dengan mengatakan bahawa mereka memang sepatutnya mendapat peruntukan tersebut oleh kerana dana tersebut adalah milik "rakyat".
Jadi bagaimana pula dengan kerajaan-kerajaan yang dikuasai oleh BN di peringkat negeri dan persekutuan? Apa kata jika sekiranya kerajaan-kerajaan BN dapat mengikut jejak kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menawarkan peruntukan tahunan kepada semua Adun dan Ahli-ahli Parlimen pembangkang?
Persoalannya adalah, kenapa para pemimpin BN masih enggan menjawab persoalan tersebut atau tidak berani berhadapan dengan persoalan tersebut serta tuntutan daripada rakyat jelata? Tak berani menghadapi kebenaran, tidak berani menghadapi rakyat jelata dan enggan menerima kenyataan, serta terus menafikan hak-hak demokrasi.
Beginilah sejenis "sistem demokrasi" yang diamalkan oleh BN selama ini. Apabila kalah kepada calon-calon pembangkang di dalam pilihanraya umum, pihak BN biasanya akan mengaji wakil-wakil rakyat palsu yang bergelar penyelaras kawasan untuk mewakili kawasan-kawasan parlimen dan dewan undangan negeri yang kalah.
Dan para penyelaras BN ini diberikan hak untuk menguruskan peruntukan tahunan yang sepatutnya diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang terpilih di kawasan-kawasan parlimen dan dewan undangan negeri.
Ini dengan jelas menunjukkan bahawa BN sememangnya ingin menafikan hak demokrasi wakil-wakil rakyat daripada parti-parti pembangkang serta para pengundi di kawasan-kawasan berkenaan. Apa gunanya BN asyik berceramah tentang "demokrasi" sedangkan segala bentuk amalan dan perlaksanaan yang dilakukan oleh mereka kesemuanya tidak demokratik, malah tidak menghormati hak-hak para pengundi. Ianya boleh juga dikatakan satu bentuk penipuan yang dilakukan oleh BN.
Apatah lagi ada pemimpin kanan Umno yang bermuka tebal mendakwa bahawa Umno adalah merupakan sebuah parti politik yang paling demokratik dalam negara ini. Bertapa banyaknya pelaksana dusta di dalam Umno dan BN.
Kalau benar bersifat demokratik, beranikan dirilah dan menghadapi kenyataan. Agihkan peruntukan tahunan kepada semua wakil-wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira sama ada itu parti BN ataupun pembangkang.
Atau BN belum berani untuk berbuat demikian kerana masih ketakutan.