Kenapa Tiada Tindakan Drastik Tangani Masalah Jerebu?
Masalah jerebu yang melanda negara kita ini berlaku hampir pada setiap tahun. Ianya sudah menjadi seakan-akan seperti suatu perayaan ulangtahun ataupun suatu upacara wajib yang perlu dilaksanakan pada setiap tahun.
Semua warga Malaysia sudahpun mengetahui dengan jelas dari manakah jerebu itu berasal. Ya, ianya daripada negara jiran, Indonesia.
Persoalan yang ayik kita inginkan penjelasan adalah, kenapa kerajaan pusat di Putrajaya masih gagal mengambil sebarang tindakan yang drastik bagi menangani masalah jerebu ini yang telah berlaku sekian lama, kalau tidak silap, sudah berlanjutan lebih daripada satu abad.
Yang menyebabkannya, siapakah pemilik ladang dan syarikat yang terlibat, sipemilik syarikat tersebut, nama syarikat-syarikat yang terlibat, bukannya pihak kerajaan tidak mengetahui kesemuanya ini, bahkan soal siapakah yang terlibat secara langsung, semuanya sudahpun dikenalpasti. Dan setelah kesemua si penjerebu ini telah dikenalpasti, kenapa masih tidak ada tindakan yang drastik diambil terhadap mereka ini?
Apa yang telah kami pastikan adalah rakyat jelata telahpun muak dengan masalah jerebu ini yang telah melanda negara kita ini pada setiap tahun. Dan pada setiap tahun sahaja, ribuan rakyat Malaysia akan jatuh sakit, mungkin juga ada yang meninggal dunia oleh kerana kesan sampingan jerebu itu, manakala banyak yang menjadi mangsa pelbagai penyakit ganjil oleh kerana kesan daripada jerebu tersebut.
Ingin kami bangkitkan persoalan ini sekali lagi, kenapa tidak ada sebarang tindakan yang drastik sehinggalah ke hari ini, walaupun sudah diketahui bahawa masalah tersebut sudah melanda negara kita ini begitu lamanya dan kesan terhadap rakyat bukannya kecil, tetapi sudah melibatkan ribuan rakyat dan jutaan lagi dijangka akan menerima nasib yang sama.
Yang lebih buruk lagi, ada pula seorang menteri Indonesia yang menebal mukannya dengan menegur pihak yang mengadu itu seakan-akan "kebudak-budakkan" di dalam soal tersebut. Kenyataan menteri Indonesia itu seolah-olah mempersendakan jiran-jirannya yang kini sedang tenat dan "sakit teruk" akibat daripada toksik-toksik yang terhasil daripada jerebu-jerebu yang berasal dari Indonesia itu.
Selain daripada sikap sambil lewa daripada kerajaan negara kita ini, sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli itu turut berlaku di pihak Indonesia, yang asyik menuding jari dan menyalahkan "kebanyakan syarikat milik para peniaga warga Malaysia" yang sering melakukan kegiatan pembakaran secara terbuka di negara tersebut pada setiap tahun.
Kalaulah itu pun kesemuanya syarikat-syarikat milik warga Malaysia yang terlibat secara langsung dalam mengakibatkan jerebu-jerebu itu, ambillah tindakan terhadap mereka ini. Janganlah diberitahu alasan yang Indonesia tidak ada sebarang peruntukan ataupun undang-undang yang memantau dan memelihara alam sekitar negara itu. Sudah tentunya ada. Masalah di Indonesia adalah sikap sambil lewa pihak penguatkuasa di negara tersebut.
Berbalik pula kepada Malaysia. Kita bukannya sengaja ingin meletakkan segala kesalahan tersebut di bahu kerajaan yang berpusat di Putrajaya. Yang kita hairan adalah oleh kerana gejala tersebut berlaku seperti seolah-olah "perayaan ulangtahun sesuatu acara" dan kerajaan di sini juga bukannya tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang memantau dan memelihara alam sekitar. Kenapa tidak dikuatkuasakan. Kalaulah jerebu tersebut berasal daripada Indonesia, kalau diambil tindakan yang tegas mengikut saluran diplomatik, ada juga kesannya dengan memanggil duta Indonesia itu ke Wisma Putra untuk didapatkan penjelasan.
Dan jikalau sudah dipastikan bahawa syarikat-syarikat milik warga Malaysia yang terlibat, ambillah tindakan susulan terhadap syarikat-syarikat tersebut yang ada pejabat induk di negara kita ini. Ya, kalau tidak ada sebarang peruntukan untuk bertindak sebegini, kenapa pula tidak ada tindakan susulan dari awal lagi untuk memperuntukan suatu undang-undang tambahan di parlimen agar syarikat-syarikat induk Malaysia yang melakukan pembakaran terbuka di negara jiran itu melalui anak syarikat mereka di Indonesia dapat dihadapkan ke mahkamah di sini?
Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil inisiatif yang lebih aktif dengan mengusahakan kerjasama dua hala dengan kerajaan Indonesia di dalam menangani masalah tersebut. Kerjasama tersebut bolehlah diikuti sekali dengan penguatkuasaan secara bersama, perlaksanaan undang-undang yang selaras di antara kedua-dua negara, perjanjian ekstradisi dan sebagainya. Sudah berapa orang menteri alam sekitar di Putrajaya itu bertukar, kesemuanya langsung tidak berkesan. Begitu juga dengan rakan sejawatnya di Indonesia.
Yang berlaku di negara kita ini adalah kerajaaan pusat asyik mengketengahkan undang-undang baru di parlimen bagi mengekang kebebasan rakyat daripada bersuara, mengekang kebebasan sivil dan politik rakyat jelata dan memenjarakan rakyat dan ahli-ahli politik yang lantang bersuara. Berpolitik hampir pada setiap hari, 24 jam asyik bercakap mengenai isu perkauman dan membangkitkan syak-wasangka serta kebencian di kalangan rakyat.
Kebajikan rakyat jelata terbiar dengan begitu sahaja. Sebab itulah, negara kita selalu menyambut ulangtahun jerebu pada setiap tahun, hasil daripada usaha "1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Hanya pandai bermain politik tetapi kebajikan rakyat tidak diendahkan.