MCA Terperangkap Dengan Ikatannya Sendiri
MCA kini sedang berdepan dengan gelak ketawa daripada orang ramai akibat daripada perbuatannya yang mengikat diri mereka sendiri. Selain daripada itu, ramai di antara kita juga mula percaya bahawa para pemimpin MCA tidak boleh hidup tanpa jawatan-jawatan kerajaan.
Di dalam persidangan agung tahunan MCA yang diadakan pada tahun 2011 dan 2012, para perwakilan parti tersebut telah meluluskan satu resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika sekiranya parti tersebut gagal menunjukkan prestasi dan pencapaian yang memuaskan di dalam pilihanraya umum yang ke-13 (PRU13).
Dan pada ketika itu, apabila ditanya sama ada hanya jawatan menteri kabinet sahaja akan ditolak, presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan lantang menjawab, bahawa penolakan jawatan kerajaan jika sekiranya MCA gagal mencapai kemenangan besar di dalam PRU13, adalah daripada peringkat menteri, timbalan menteri, setiausaha politik, majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), lembaga pengarah GLC, lembaga pelawat hospital, ketua kampung, majlis perbandaran, dewan bandaraya, majlis daerah, ketua JKKK, ketua JKKKP, ketua masyarakat, sehinggalah ke peringkat ahli jawatankuasa semua badan kerajaan.
Manakala di dalam kedua-dua resolusi yang diluluskan dua tahun berturut-turut di dalam persidangan agung tahunan parti tahun-tahun 2011 dan 2012, ianya hanya menyebut "semua jawatan kerajaan akan ditolak" dan Dr Chua sendiri dengan bangganya turut mengesahkan ciri-ciri yang terdapat di dalam resolusi tersebut pada masa itu.
Apabila MCA benar-benar tidak mendapat sokongan seperti yang diharapkan di dalam PRU13 yang lalu, ramai di kalangan pemimpin parti di pelbagai peringkat mula mempersoalkan akan keberkesanan resolusi-resolusi parti itu, kerana ianya tidak memberikan sebarang impak positif kepada parti. Malah ada juga pemimpin MCA yang mula ingin mendapatkan jawatan kerajaan, sekaligus bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh parti sebelum ini.
Pemimpin yang pertama memutuskan untuk menentang resolusi tersebut adalah setiausaha organisasi kebangsaan MCA, Datuk Tee Siew Khiong yang telah menerima perlantikan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan (exco) negeri Johor baru-baru ini dengan alasan yang tindakan beliau itu adalah atas titah perintah Sultan Johor. Akibat daripada tindakan beliau itu, jawatankuasa disiplin MCA telah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian parti Datuk Tee selama tiga tahun berkuatkuasa serta merta.
Akan tetapi, apabila naib-presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen pula yang menerima jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelancongan Malaysia (MTPB), lain pula yang diperkatakan oleh Dr Chua apabila ditanya apakah yang dibezakan di antara kes Datuk Tee dan Dr Ng.
Apabila ditanya di dalam temuramah baru-baru ini, presiden MCA itu memberikan alasan yang perlantikan Dr Ng itu bukannya diketengahkan oleh pihak parti, justeru daripada itu Dr Ng dibenarkan untuk terus menerima jawatan tersebut. Kata Dr Chua lagi, situasi Dr Ng tersebut adalah hampir serupa dengan seorang lagi pemimpin MCA Melaka Wong Nai Chee yang telah dilantik sebagai setiausaha politik perdana menteri sebelum ini. Kedua-dua perlantikan Dr Ng dan Wong bukannya dikemukakan oleh pucuk pimpinan parti.
Hakikatnya adalah perlantikan Datuk Tee juga bukannya diketengahkan oleh pemimpin MCA, jawatan exco yang diterima oleh Datuk Tee itu telah disyorkan oleh menteri besar Johor daripada Umno. Agak melucukan keadaan di dalam MCA sekarang. Malah, ramai wartawan yang cuba mendapatkan penjelasan demi pemjelasan daripada pemimpin MCA di dalam isu tersebut turut keliru sambil tergelak apabila mendapat tahu yang situasi tersebut adalah berbeza-beza.
Nampaknya MCA dan para pemimpinnya kini terperangkap dengan ikatan yang dibuat terhadap diri mereka sendiri dan kini sedang berusaha untuk melepaskan diri mereka daripada ikatan tersebut, satu demi satu. Sudah lama para pemimpin MCA biasa dengan pegangan jawatan-jawatan kerajaan dan apabila dengan tiba-tiba tidak dapat memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, kemungkinan besar mereka masih tidak dapat membiasakan diri mereka kerana pendapatan gaji dan elaun mereka juga akan berkurangan. Begitu juga dengan ketiadaan kereta-kereta rasmi kerajaan yang digunapakai mereka sebelum ini.
Apabila kita kembali mengkaji resolusi-resolusi yang dibuat di dalam persidangan agung tahunan MCA pada tahun 2011 dan 2012, kedua-dua ketetapan yang diluluskan itu langsung tidak menyebut dengan terperinci mengenai apakah bentuk dan jenis jawatan yang perlu ditolak jika sekiranya MCA gagal menunjukkan prestasinya yang cemerlang di dalam PRU13. Sebaliknya, ianya hanya menyebut semua jawatan-jawatan kerajaan akan ditolak, jika MCA gagal mencapai prestasi yang memberangsangkan di dalam PRU13.
Para pemimpin MCA nampaknya sudah malu dengan perbuatan mereka sendiri dan tidak dapat menjelaskan dengan apa-apa alasan yang kukuh kepada orang ramai mengenai apakah tindakan susulan parti mengenai perkara tersebut. Yang hanya mereka dapat elak adalah sehingga persidangan agung dan pemilihan parti menjelang pada hujung tahun ini. Dan apabila resolusi baru dibuat bagi membenarkan para pemimpin parti mendapatkan semula jawatan-jawatan kerajaan, mereka-mereka ini akan dengan bangganya mengatakan bahawa itu semua adalah "kehendak perwakilan".
Bagaimanakah MCA akan mendapatkan semula sokongan daripada "masyarakat Cina", jika sekiranya para pemimpin parti tersebut terus berlawak jenaka tidak menentu dan mengelirukan di hadapan orang ramai? MCA akan melaksanakan pembaharuan? Satu lagi jenaka. Tanyalah Dr Chua Soi Lek!