Isu Jerebu: Kerajaan BN lembap
Adalah menjadi suatu kebiasaan kepada rakyat pada setiap tahun bahawa jerebu daripada negara jiran kita iaitu Indonesia telah menjadi suatu kemestian dan acara tahunan.
Persoalannya, kenapa ianya telah menjadi suatu acara tahunan? Kenapa pula kita hendak menjadi mangsa kepada jerebu akibat daripada ketidakcekapan pihak berkuasa Indonesia di dalam menangani masalah tersebut di republic tersebut?
Besar kemungkinan alasan-alasan tersebut adalah akibat daripada kedua-dua pihak mempunyai kepentingan tertentu ataupun enggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan tersebut.
Kerajaan pusat kita yang diterajui oleh BN selama ini asyik membangkit isu-isu yang remeh yang menekankan penting dan perlunya menjaga alam persekitaran yang bersih dan nyaman untuk rakyat kita nikmati.
Tetapi apabila BN berhadapan dengan masalah sedemikian pada setiap tahun, mereka pula tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membendung masalah tersebut dengan mengemukakan bantahan mereka secara diplomatik kepada pihak berkuasa dan kerajaan Indonesia.
Kempen demi kempen dianjurkan oleh kerajaan pusat kita apa gunanya jika sekiranya punca sebenarnya itu tidak ditangani dengan berkesan? Apakah kerajaan kita mempunyai kaitan rapat ataupun kroni-kroni perniagaan di Indonesia yang tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka yang selalu mencemar alam sekitar dengan kebakaran terbuka pada setiap tahun? Kenapa pula kerajaan kita tidak membawa masalah ini ke mahkamah antarabangsa di The Hague jika pihak Indonesia enggan bekerjasama menyelesaikan masalah tersebut?
Di pihak Indonesia pula, kita sering mendengar, setiap kali kerajaan kita mengadu mengenai kesan negatif kepada alam semulajadi akibat daripada kebakaran terbuka di republic tersebut, kerajaan Indonesia sering menyalahkan kalangan peniaga-peniaga ladang Malaysia yang melabur dalam sektor perladangan di Sumatra yang menyebabkan kebakaran terbuka berulang pada setiap tahun.
Jadi, di pihak Indonesia tersebut, mereka akan menyebut ini adalah masalah Malaysia kerana ia sememangnya telah diakibatkan oleh para perniaga perladangan rakyat Malaysia di Sumatra selama ini. Apakah Indonesia tidak mempunyai undang-undang yang tertentu untuk memelihara alam sekitar dan mencegah pembakaran terbuka? Apakah Indonesia tidak mempedulikan masalah ini oleh kerana inginkan pelaburan Malaysia secara berterusan dan berkekalan?
Di pihak Malaysia pula, kenapa pula gagal mengambil tindakan di peringkat ASEAN selama ini bagi membendung kejadian jerebu yang telah mencemarkan alam persekitran negara kita selama ini. Kenapa kerajaan pusat ini yang diterajui oleh BN tidak mengambil langkah-langkah drastik untuk menangani masalah tersebut dengan lebih berkesan?
Apakah motif sebenarnya kedua-dua belah pihak yang enggan melihat kejadian dan gejala jerebu dari sudut kesihatan, kemanusiaan dan keadilan untuk umum pada keseluruhannya? Apakah wang ringgit dan kekayaan itu lebih penting daripada kesihatan, kemanusiaan dan keadilan selama ini?
Di Malaysia pula khususnya di negeri-negeri Kedah dan Perlis, kita telah juga melihat bahawa para pesawah juga telah banyak meningkatkan kadar pencemaran di negara kita ini dengan membakar sisa-sisa sawah mereka secara terbuka selepas selesainya musim menuai mereka.
Kata Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap para pencemar alam tetapi tindakan tersebut hanyalah kata-kata semata-mata dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap para pesawah-pesawah tersebut yang sering mengingkari arahan kerajaan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka.
Oleh itu, apa gunanya ada sebuah kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, padahal gagal bertindak ataupun menjalankan kewajiban mereka untuk memelihara alam sekitar?
Masalah jerebu ini berterusan sehingga kini kerana kedua-dua kerajaan Malaysia dan Indonesia enggan bertindak terhadap masalah tersebut secara berkesan kerana mereka ingin memelihara kepentingan kroni-kroni mereka masing-masing.
Jadi, pembakaran terbuka dan isu jerebu tersebut akan berterusan. Undang-undang akan hanya dikuatkuasakan hanya sekiranya selepas sesuatu kejadian ataupun tragedi berlaku di mana ianya menyebab kematian beramai-ramai.
Inilah tabiat dan sikap kerajaan BN selama ini. Asyik berpolitik, merampas kuasa dan kebajikan rakyat terabai.