Politik perkauman dan agama yang sesat akan terus gugat ekonomi negara

Selagi rakyat jelata masih tersangkut di dalam alam pengasingan antara kaum dan agama, maka budaya pemikiran perkauman dan agama yang sesat akan terus menghantui kita sehinggalah ke generasi yang seterusnya. Akibatnya, politik perkauman dan agama yang sesat akan terus menguasai arena politik negara kita tanpa henti. Negara kita ini sudahpun mencapai kemerdekaan selama 63 tahun. Itu pun sudah lama dan apabila kita berpaling ke beberapa buah negara yang juga berada dalam tempoh dan tahap tersebut, negara-negara tersebut telah pun membangun dengan pesat dan maju ke hadapan dengan lebih makmur dan berdaya saing. Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali kerana negara kita ini, Malaysia yang berpeluang untuk mengecapi kemakmuran tersebut masih tersangkut di dalam alam purba yang asyik menggunakan isu perkauman dan agama untuk mencapai sesuatu matlamat dalam jangka pendek. Apakah faedahnya amalan kuno ini terus dimanfaatkan oleh ahli-ahli politik dalam negara ini? Ya, betul, yang mendapat ...