Kaji semula sistem pendidikan di Malaysia
(Rencana ini telahpun disiarkan dalam kolum saya di Malaysia-Chronicle baru-baru ini)
Di negara India, setiap kerajaan negeri di republik tersebut diamanah untuk menguruskan sistem pendidikan di wilayah masing-masing. Sistem pendidikan autonomi yang ada di negara tersebut telah menyebabkan pencapaian pendidikan di sesetengah wilayah lebih baik daripada wilayah-wilayah yang lain.
Setiap wilayah telah menlaksanakan langkah-langkah yang cukup kompetitif bagi menonjolkan sistem dan amalan pendidikan mereka yang terbaik dengan penampilan banyak siri pendidikan kurikulum yang berlainan bagi tujuan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada para ibubapa dan pelajar. Selain daripada itu, penampilan sistem pendidikan yang bermutu sering kali merupakan tajuk utama di dalam setiap pilihanraya di India.
Selain daripada itu, kerajaan-kerajaan negeri di India juga sering mendapatkan khidmat daripada pihak ketiga (juru runding profesional mengenai pendidikan) bagi mengkaji dari masa ke semasa sistem dan mutu pendidikan di wilayah masing-masing bagi memastikan segala pembaharuan yang bersesuaian dapat dilaksanakan ke atas sistem tersebut. Kajian-kajian tersebut merangkumi kemudahan pelajar, pemakanan di sekolah-sekolah, perpustakaan, kaedah pembelajaran, mutu tenaga pengajar dan hubungan guru-pelajar pada amnya.
Sistem pendidikan di Malaysia
Di Malaysia, kita sewajarnya telah mengetahui bahawa kerajaan pusat menguasai sepenuhnya sistem dan kaedah pendidikan di negara kita, sementara kerajaan-kerajaan negeri hanya dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan menguruskan sekolah-sekolah agama.
Adalah amat mendukacita bahawa kerajaan-kerajaan negeri langsung tidak diberikan peranan yang menyeluruh bagi membentuk dan merangka sistem pendidikan di negeri masing-masing di mana ianya telah menyebabkan tidak ada sebarang petunjuk dan rujukan bagi mengenalpasti kaedah mana yang lebih berkesan serta perlaksanaan kaedah pendidikan yang mengikut corak sosio-ekonomi, geografi, kebudayaan dan kepakaran di negeri masing-masing.
Walaupun di kebanyakan sekolah-sekolah mempunyai ramai pelajar-pelajar yang kompetitif, namum keberkesanan setiap pelajar tersebut masih tidak dapat diukur dengan teliti kerana semua sekolah di negara ini mengguna pakai sistem dan kaedah pendidikan yang sama. Oleh itu, tidak ada perbandingan yang menyeluruh bagi memastikan keberkesanan sistem pendidikan tersebut.
Mentaliti pendidikan di negara ini juga pada amnya hanya memberikan penekanan yang lebih menyeluruh melalui penghafalan dan bukannya pemahaman mengenai sebab-sebab sesuatu pembelajaran tersebut. Ini disebut menghafal tanpa perlu memahaminya. Apa gunanya? Sekolah-sekolah yang mendapat paling banyak A akan senantiasa dicapkan sebagai sekolah-sekolah yang tinggi pencapaiannya. Adakah ini benar-benar berkesan?
Dapat banyak A, tetapi masih buta huruf
Memanglah baik sekali jika sekiranya para pelajar mendapat A di dalam peperiksaan yang mereka duduki, tetapi mutu peperiksaan tersebut perlulah dikekalkan mengikut tahap-tahap yang lebih berkualiti. Adalah tidak wajar untuk menurunkan kadar pencapaian peperiksaan semata-mata untuk menggalakkan lebih ramai pelajar agar lulus cemerlang di dalam peperiksaan yang mereka duduki.
Pelik juga jika ada pelajar-pelajar yang telah mendapat banyak A di dalam peperiksaannya tiba-tiba dimaklumkan bahawa para pelajar tersebut masih buta huruf dan masih tidak dapat membaca setelah sekian lama belajar di sekolah tersebut.
Menyuap mencacatkan pemikiran
Ini adalah kerana, di dalam sistem pendidikan di negara kita ini, para pelajar-pelajar hanya dididik untuk menghafal tanpa perlu memahami isi kandungan ataupun menggunakan kreativiti masing-masing. Para pelajar-pelajar ini sepatutnya diberikan peluang yang lebih luas mengenai cara-cara dan bagaimana untuk mendapat pelbagai maklumat yang diperlukan mengikut kaedah pemikiran dan kreativiti masing-masing bagi membantu pembelajaran dan kemajuan mereka.
Selain daripada itu, para pelajar-pelajar ini juga haruslah diberi peluang untuk meluahkan pendapat dan perasaan masing-masing sebagai salah satu bentuk pengalaman yang mereka perlu terokai dan bukan hanya bergantung pada buku-buku teks semata-mata.
Kaedah menyuap ini tidak boleh diguna pakai lagi pada hari ini kerana ianya akan mencacatkan lagi pemikiran para pelajar yang terlalu bergantung kepada buku-buku teks.
Budaya mengikut dan menunggu
Dengan sistem pendidikan ala-menghafal yang masih ada pada hari ini, baik di sekolah-sekolah, mahupun di universiti-universiti, sistem tersebut telah melahirkan golongan demi golongan yang hanya boleh mengikut, tidak perlu memikir panjang dan tidak megambil langkah-langkah tersendiri yang memerlukan pemikiran bagi menjustifikasi sebarang tindakan yang mereka bakal ambil.
Budaya mengikut dan menunggu ini tidak akan membawa negara kita ke mana-mana tetapi senantiasa tersadai di pertengahan jalan kerana terpaksa bergantung kepada mereka-mereka yang berani menonjol dan memimpin.
Dan jika sekiranya kerajaan pusat masih lagi berdolak dalih mengenai perlunya sistem pendidikan negara kita ini diperbaharui, maka adalah dibimbangi negara kita ini tidak akan maju ke mana-mana kerana kita akan senantiasa mengikuti dan menunggu.