Rampasan kuasa di Selangor kian hampir
Baru-baru ini presiden Umno dan perdana menteri ada menyebut bahawa beliau berikrar akan merampas semula negeri Selangor walau dengan apa cara jua pun, tetapi beliau tidak menyebut bagaimana Umno dan BN akan melakukannya.
Mungkin ianya akan berlaku seperti yang telah berlaku di negeri Perak pada bulan Februari yang lalu di mana kerajaan negeri Pakatan tersebut telah digulingkan melalui satu pemberontakan dan rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Umno.
Dan nampaknya ikrar presiden Umno itu kian hampir. Umno kini sedang mempergunakan MACC dan pasukan keselamatannya untuk mempergiatkan usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor.
Rancangannya adalah memperhebatkan adegan-adegan rasuah dan salahguna kuasa yang kononnya sedang berleluasa di kerajaan negeri Selangor dan keseluruhan jentera pentadbirannya.
Pejabat-pejabat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kini kerap diserbu dan diserang hendap oleh para pegawai MACC kononnya untuk mendapatkan bukti-bukti rasuah yang sedang berleluasa.
Sebenarnya, pada hakikatnya, sewaktu negeri Selangor di bawah pemerintahan Umno yang dipimpin oleh Dr Mohd Khir Toyo dan para konco-konconya, itulah yang paling hebat rasuah sekali, kotor, keji dan berdosa kepada rakyat jelata.
Kita tengoklah beberapa buah istana, mahligai, banglo-banglo dan bangunan kelab yang menyerupai kediaman rasmi Raja-raja dan Sultan semuanya milik para pemimpin dan ketua-ketua Umno bahagian di negeri tersebut.
Malah, ada di antara pemimpin Umno ini yang mampu memiliki mahligai dan istana yang saiznya jauh lebih besar daripada Istana DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Tengoklah istana kayangan yang dimiliki oleh Dr Mohd Khir Toyo dan mahligai gading yang dibina oleh allahyarham Datuk Zakaria Mat Deros, bekas ketua Umno bahagian Klang.
Unsur-unsur rasuah di pihak Umno dan BN jelas terpapar di hadapan mata setiap rakyat negeri Selangor yang telah dan amat marah setelah lama menyaksikan gejala-gejala menonjol mereka ini selama beberapa dekad sehingga mereka enggan mengundi dan menyokong Umno dan BN di dalam pilihanraya umum yang lalu.
Dan apabila kerajaan Pakatan negeri Selangor mendedakan banyak unsure-unsur yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh kerajaan negeri Umno yang lalu, MACC berdolak-dalih dan enggan mengambil sebarang tindakan susulan, alasannya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk berbuat demikian. Apakah alasan ini munasabah? Fail-fail kerajaan negeri yang lalu masih disimpan di sekretariat negeri dan pejabat-pejabat daerah dengan selamatnya, dan apakah itu semua bukan bukti-bukti yang boleh dikatakan kukuh?
Tetapi apabila Umno membalas pula dengan beberapa siri pembohongan dan siri-siri cerita rekaan kononnya kerajaan negeri Pakatan telah membolos wang-wang peruntukan rakyat, semata-mata untuk mengalihkan perhatin umum, MACC pula mengganasi seluruh jentera pentadbiran negeri dan Exco-exco kerajaan negeri dengan begitu cepat sekali dengan menyatakan bahawa mereka telah memperoleh bukti untuk menyerbu sedangkan tidak ada bukti yang sebenarnya, tetapi hanya berpandukan kepada beberapa adegan-adegan yang dilakoni oleh para pemimpin Umno ini.
Apa boleh buat, menurut pengarah siasatan MACC kalau ada kes mereka perlu siasat, mereka mendapat arahan dari pihak atasan dan sebagainya. Atasan mana? Sudah tentulah perdana menteri selaku presiden Umno, sebab MACC itu masih dikawal selia oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bukannya bertanggungjawab kepada parlimen.
Oleh itu, Umno berkuasa untuk memanupulasikan MACC bagi mencapai tujuan politik mereka. Umno kini semakin dendam dan berbara. Yang kita mampu lakukan adalah memastikan mereka tidak akan kembali berkuasa selama-lamanya.