Ke mana MIC pergi pada mulanya?
Sewaktu BN masih memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri yang diterajui oleh Gerakan telah meluluskan penjualan tanah di Kampung Buah Pala kepada sebuah syarikat pemaju perumahan melalui Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad.
Persoalannya adalah mengapa sekarang barulah MIC mara ke hadapan untuk membela nasib para penduduk di kampong tersebut? Di manakah para pemimpin MIC ini khususnya Samy Vellu dan rakan-rakannya sewaktu BN masih berkuasa? Kenapa pula mereka ini tidak menyuarakan bantahan mereka pada masa itu?
Sekarang MIC dan BN telah tumbang di Pulau Pinang dan cuba pula untuk memutarbelitkan isu ini dengan menyalahkan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) bahawa Kampung Buah Pala telah dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka.
Dah gagal mencari penyelesaian terhadap skandal Maika Holdings Bhd untuk para pelabur dan pemegang sahamnya, MIC asyik nak campurtangan di dalam isu Kampung Buah Pala pula, kononnya nak membela para penduduk di situ. Adakah mereka membela para pelabur dan pemegang saham Maika?
Kami mempertikaikan keikhlasan mereka untuk berbuat demikian. Nak menutup skandal Maika, MIC cuba memperbesarkan isu di Kampung Buah Pala agar orang ramai akan lupa akan kes Maika. MIC mendakwa kes di Kampung Buah Pala itu lebih teruk daripada Maika. Apa yang dimaksudkan ini?
Sementara kerajaan negeri PR sekarang sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan, MIC pula cuba mempolitikkan dan memburukkan keadaan sehingga menyebabkan kemarahan yang tidak dapat dikawal.
Jadi, kami ingin menasihati MIC agar jangan campurtangan di dalam isu Kampung Buah Pala ini lagi dan biarlah kerajaan negeri PR untuk menyelesaikannya dengan cara yang lebih teratur.
Selesaikanlah skandal Maika Holdings terlebih dahulu. Ianya telah berlarutan semala beberapa dekad. MIC perlu memberikan penjelasan mereka kepada semua pelabur dan pemegang saham mengenai kedudukan pelaburan dan wang mereka.