Bagaimana majlis agama nak melawan Perlembagaan Persekutuan?

Baru-baru ini, satu majlis agama dari sebuah negeri telah mendakwa bahawa undang-undang agama yang ada adalah lebih tinggi tarafnya daripada Perlembagaan Persekutuan dan segala enakmen agama yang diluluskan dan dijadikan undang-undang boleh mengabaikan hak asasi seseorang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan sehingga pada hari ini, kerajaan pusat masih membisu dengan dakwaan majlis agama tersebut yang kini mendapat kritikan yang meluas daripada kalangan rakyat jelata. Persoalannya adalah, kenapa majlis agama tersebut dibenarkan bermaharajalela dengan mencabar kesahihan Perlembagaan Persekutuan? Tindakan majlis agama yang begitu berani mencabar undang-undang yang tertinggi dalam negara ini menunjukkan sikap bongkak mereka sehinggakan sanggup menghina perlembagaan tersebut yang merupakan tunggak kepada pembentukan dan kedudukan negara kita pada hari ini. Malah, Artikel 75 Perlembagaan Persekutuan turut menyebut jika sekiranya ada undang-undang negeri yang berc...