Budaya Mengganas, Mengancam, Kekerasan, Kebencian, Dendam, Ini Bukan Sebarang Ugama
Sejak daripada awal pagi tadi, sudah terdapat banyak bas dan van yang disewa khusus oleh beberapa NGO rasis dan ekstremis untuk melonggokkan para penyokong mereka ke hadapan bangunan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Seperti yang diduga memang "ramai" penyokong-penyokong mereka dengan pelbagai bentuk, corak dan jenis sepanduk, bendera, cogankata dan ada juga yang asyik melaung-laungkan kata-kata kesat, membenci, mengancam serta dendaman mereka.
Ya, kita semua telahpun mengetahui bahawa, hari ini adalah hari Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada para penganut Kristian akan dibenarkan terus menggunakan perkataan Allah di dalam penerbitan mereka "The Herald".
Pada tengah hari tadi, Mahkamah Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan keputusan penghakiman mereka ke suatu hari yang sesuai setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Setelah penangguhan tersebut diumumkan ramai ahli-ahli dan para penyokong NGO-NGO rasis dan ekstremis ini cuba merempuh masuh ke dalam bangunan Mahkamah Rayuan tersebut akibat terlalu marah dengan keputusan penangguhan tersebut.
Adalah difahamkan bahawa perbuatan ahli-ahli dan para penyokong NGO-NGO rasis dan ekstremis ini adalah di antara cubaan mereka untuk mengancam serta menakut-nakutkan panel hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang meneliti kes tersebut agar keputusan tersebut dapat "berpihak" kepada mereka.
Ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan NGO-NGO rasis dan ekstremis ini menghina kemuliaan dan kesahihan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah yang tinggi tarafnya di dalam sistem perundangan negara kita ini. Mereka takut keputusan petang nanti tidak akan berpihak kepada mereka dan oleh itu, menggunakan kekerasan dan ancaman agar panel hakim-hakim Mahkamah Rayuan akan tunduk kepada mereka.
Yang kami ingin tegaskan di sini adalah, budaya mengganas, mengancam, penggunaan kekerasan, membenci dan mendendami itu semuanya bukan sebarang ugama. Bahkan kami percaya bahawa apajua ugama yang sedang dianuti oleh ahli-ahli dan para penyokong NGO-NGO rasis dan ekstremis ini sebenarnya tidak faham dan tidak tahu apa yang mereka sedang anuti sebenarnya, kerana segala tindak-tanduk mereka di tengah hari tadi telah menunjukkan bahawa mereka-mereka ini seperti tidak beragama.
Cubalah kita buka dan baca mana-mana buku kitab suci mana-mana ugama. Adakah mana-mana ugama ini menekankan atau memberi pertunjuk bahawa budaya mengganas, mengancam, penggunaan kekerasan, membenci dan mendendami itu adalah sebahagian daripada ajaran ugama tersebut? Yang jelasnya, tidak ada.
Hakikatnya adalah Ahli-ahli dan para penyokong NGO-NGO rasis dan ekstremis yang mengamalkan budaya mengganas, mengancam, penggunaan kekerasan, membenci dan mendendami itu telahpun terpesong secara langsung daripada ugama yang mereka dakwa anuti dan taat setia.
Sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja, mereka telah mempergunakan ugama yang mereka anuti itu bagi melanjutkan kemahuan dan kepentingan diri mereka sendiri ataupun kepentingan beberapa pihak dan kumpulan-kumpulan yang tertentu. Jelas, mereka semua telahpun seat sejak dari awal lagi.
Negara kita ini adalah sebuah institusi yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai ugama. Setiap di antara kita harus hidup saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Amalan inilah yang sememangnya digalakkan oleh setiap ugama.
Kami merayu kepada pihak-pihak yang kurang memahami tanggungjawab keagamaan di sana agar tidak menyesatkan lagi ugama yang mereka bawa itu, kembalilah ke pangkuan jalan yang benar.