BN telah musnahkan demokrasi dan perlembagaan persekutuan
Setelah pengerusi kebangsaan DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh disabitkan kesalahan menghasut, kini tiba gelaran penasihat PKR dan ketua pembangkang parlimen Anwar Ibrahim pula disabitkan kesalahan mengamalkan seks sejenis dengan seorang pemuda.
Selepas itu, apa lagi langkah kerajaan BN? Belum pasti lagi apakah langkah BN yang seterusnya untuk memusnahkan kredebiliti parti-parti pembangkang dan para pemimpinnya, tetapi yang kita pasti adalah BN sedang mengusahakan pelbagai bentuk cara bagi memastikan parti-parti pembangkang di negara kita dan para pemimpin mereka tidak dapat mencapai kekuatan yang diperlukan untuk menuju ke Putrajaya.
Di dalam usaha untuk menjayakan langkah-langkah tersebut, BN sanggup membelakangkan amalan demokrasi, pertandingan dan amalan politik yang sihat dengan mempergunakan jentera-jentera kerajaan seperti polis, jabatan kehakiman, SPRM, SPR dan sebagainya untuk memenuhi nafsu kuasanya agar penguasaannya terhadap kerajaan persekutuan tidak hilang daripada tangan mereka.
Dan jika sekiranya langkah dan amalan demokrasi serta politik sihat sudah tidak diendah oleh pihak kerajaan, bagaimana pula kita dapat menghormati sebarang undang-undang dan jentera kerajaan sekarang dan apakah pandangan rakyat jelata terhadap kesemua bentuk jentera pentadbiran kerajaan pusat sekarang? Keyakinan kita terhadap institusi-institusi tersebut jelas telah hilang sepenuhnya.
Kita telah hilang keyakinan terhadap pihak polis, oleh itu kita terpaksa menggunakan khidmat pasukan keselamatan swasta untuk memastikan keselamantan di kawasan kediaman dan taman perumahan, kita telah hilang keyakinan terhadap SPRM kerana mereka telah gagal di dalam usaha mereka untuk memerangi rasuah, kita juga telah hilang keyakinan terhadap jabatan kehakiman negara kerana mereka telah gagal menegak keadilan untuk rakyat jelata, sanggup dipergunakan oleh pihak kerajaan untuk memenuhi kepentingan politik pemerintah.
Jika sekiranya tidak ada lagi sebarang pilihan mengikut lunas demokrasi, maka di suatu hari nanti, rakyat terpaksa bangkit untuk menentang kerajaan, mengadakan bantahan secara demonstrasi jalanan dan pada akhirnya, jika kerajaan menggunakan kekerasan untuk mengekang ketidakpuasan rakyat, maka rakyat jelata terpaksalah melancarkan pemberontakan terbuka untuk cuba menggulingkan kerajaan yang sedang melakukan banyak kekejaman dan ketidakadilan terhadap rakyat jelata.
Dan janganlah pula kerajaan dan NGO-NGO yang pro-kerajaan menuduh langkah-langkah ini membelakangkan demokrasi ataupun perlembagaan persekutuan. Kerajaan yang diterajui oleh BN inilah yang pada mulanya telah banyak membelakangkan demokrasi dan perlembagaan persekutuan. Apabila demokrasi dan perlembagaan persekutuan itu telah tidak lagi dihormati oleh kerajaan BN itu sendiri, bagaimana pula rakyat jelata akan berbuat demikian.
Kita telahpun lihat dengan mata kita sendiri, demokrasi dan perlembagaan persekutuan telah diperolok-olokkan oleh BN bagi memastikan kepentingan politik dan nafsu kuasa mereka dikekalkan buat selama-lamanya. Inilah yang dikatakan rakyat sudah tidak ada pilihan lagi. segala-gala langkah yang mengikut lunas demokrasi dan perlembagaan telahpun disekat dan dipergunakan sewenang-wenangnya oleh para pemimpin BN bagi memastikan mereka kekal berkuasa selama-lamanya.
Kita biarlah rakyat jelata untuk menentu langkah-langkah yang seterusnya untuk negara kita. Rakyat jelata tidak seharusnya berdolak-dalik lagi, bangkitlah secara beramai-ramai untuk menegakkan keadilan dan mengembalikan negara kita kepada rakyat jelata dan generasi kita yang akan datang.