Polis Nak Tangkap Pengadu, Bukan Pesalah

Kes pengetua Sekolah Kebangsaan Pristana berhampiran Sungai Buloh itu yang bersikap perkauman jelas terbukti apabila beliau dengan sengaja mengatur para pelajar bukan Islam untuk makan di dalam bilik air apabila tibanya waktu rehat. Selepas menyaksikan kejadian tersebut di hadapan matanya sendiri, seorang ibu pelajar dengan segera mengambil gambar keadaan tersebut dan memaparkannya ke dalam media sosial bagi mendapatkan pandangan orang ramai. Sejurus daripada itu, pengetua sekolah tersebut mula menerima kecaman hebat daripada kalangan masyarakat umum di atas tindakannya yang boleh dikatakan tidak masuk akal. Alasan pengetua tersebut adalah, kantin sekolah itu sedang "dinaiktaraf" dan para pelajar sekolah tersebut terpaksa makan di dalam bilik air sewaktu rehat. Kemudian timbalan menteri pelajaran P.Kamalanathan pula memberikan penjelasan beliau yang tidak begitu jelas mengenai kejadian tersebut tanpa mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Apakah niat sebenarnya tindaka...