Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk hentikan pembayaran gaji jika Belanjawan ditolak

Tidak ada sebarang peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada satu-satu kerajaan untuk menghentikan pembayaran gaji kepada semua kakitangan awam sekiranya Belanjawan 2021 kali ini tidak diluluskan oleh parlimen.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh menteri kewangan baru-baru ini seolah-olah suatu bentuk ancaman yang terancang seperti mahu menyalahkan ahli-ahli parlimen yang mempersoalkan beberapa cadangan peruntukan di dalam Belanjawan 2021 tersebut.

Barangkali menteri kewangan ini, oleh kerana bukan ahli politik, jadi memberikan kenyataan beliau samalah seperti mengugut proses demokrasi berparlimen. Proses demokrasi berparlimen harus dihormati sepenuhnya peranannya menjalankan semak imbang, memantau dan menegur kerajaan dalam pelbagai aspek perlaksanaan termasuk Belanjawan negara.

Kami menyeru menteri kewangan ini agar merujuk kepada perdana menteri terlebih dahulu di masa yang terdekat apabila ingin mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork