Wahai Perikatan Nasional, Sila Duduk dan Jangan Lari!


Perikatan Nasional yang kini sedang menerajui kerajaan pemberontak telah membentangkan Belanjawan 2021 di dalam sidang parlimen baru-baru ini. 

Peranan parlimen dan ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang bersidang dalam beberapa hari ini adalah jelas, iaitu meneliti dan memantau setiap butir-butir cadangan Belanjawan 2021 tersebut agar unsur-unsurnya dapat disemak dan ditegur menteri kewangan yang membentangkannya sekiranya terdapat apa-apa keraguan yang timbul.

Jangan sekadar membentangkan sahaja Belanjawan 2021 tersebut dan seterusnya tidak hadir di dalam persidangan parlimen seterusnya, dan selepas itu lari meninggalkannya apabila soalan-soalan yang dikemukakan bertambah rumit atau tidak dapat menjawabnya.

Menteri kewangan, dan kedua-dua timbalan menteri kewangannya haruslah menunjukkan sifat tanggungjawab dan proaktif mereka dengan menghadiri sepenuhnya sesi perbahasan Belanjawan 2021 tersebut bagi menjawab apajua keraguan dan persoalan yang timbul, serta memberikan penjelasan yang menyeluruh apabila diminta berbuat demikian.

Mengumumkan di khalayak ramai bahawa Belanjawan 2021 itu wajib diluluskan dengan segera seperti yang di"titah perintahkan" oleh Seri Paduka Baginda dan jika ada ahli-ahli parlimen yang menolak atau tidak menyokong Belanjawan 2021 tersebut, mereka semua akan dicapkan sebagai penderhaka, kerana tidak patuh kepada perintah baginda, menggugat kestabilan politik negara ataupun tidak memberi peluang kepada kerajaan dalam keutamaan pengawalan wabak covid-19 adalah tidak wajar kerana ianya bermaksud menghina proses demokrasi berparlimen, yakni turut menghina Perlembagaan Persekutuan dalam erti kata yang sebenarnya.

Jangan digunakan alasan-alasan tersebut untuk mendapatkan sokongan membabi buta agar Belanjawan 2021 tersebut tidak perlu melalui proses perundangan yang sedia ada. Ingat! Ada pihak-pihak dalam kerajaan dan Perikatan Nasional juga yang akan cuba mengambil kesempatan daripada Belanjawan 2021 berikutan krisis wabak tersebut. 

Belanjawan 2021 ini bertujuan untuk memanfaatkan rakyat dan negara, bukannya untuk tujuan memperkayakan kelompok politik yang tertentu. Ianya juga bukan untuk membiayai kerja-kerja politik Penggerak Komuniti Negara, Penggerak Komuniti Tempatan ataupun Penggerak Komuniti Muda.

Wahai Perikatan Nasional, Sila Duduk dan Jangan Lari ke mana-mana. Jawablah segala persoalan yang dikemukakan dalam persidangan parlimen tersebut dengan cara yang bertanggungjawab. 

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork