Bertemu dan makan bersama. Apa salahnya?

Apabila berita mengenai pertemuan dua bekas naib-presiden PKR dan seorang bekas naib-presiden Umno mula menular di dalam media sosial, ramai pemimpin kedua-dua parti mengecam tindakan dan pertemuan mereka dengan berbagai-bagai khabar angin yang mendakwa mereka bertemu untuk merancang pembentukan parti baru kononnya.

Apa salahnya ketiga-ketiga pemimpin muda ini bertemu dan makan bersama di sebuah restoran? Ya, mungkin aliran politik mereka adalah berbeza dan bertentangan tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi kawan, dan apabila bertemu sahaja, mereka wajib bergaduh, bertumbuk dan memaki hamun antara satu sama lain.

Berilah mereka ruang peribadi dan masa untuk berada di luar saingan politik buat sementara waktu dan makan bersama sebagai sahabat handai. Ketiga-tiga pemimpin muda ini punyai pendapat yang berbeza dengan para pemimpin parti mereka masing-masing, mungkin mempunyai pendapat yang sealiran, yakni perubahan dan peluang golongan muda dalam politik masih kurang.

Kami juga percayai ketiga-tiga pemimpin muda ini sependapat mengenai perlunya politik negara ini dimodenisasikan dan bergerak secara praktikal serta tidak perlu mengketengahkan soal kaum ataupun agama untuk memenangi sebarang saingan.

Bagi kami, berilah ruang yang secukupnya untuk barisan pelapis muda ini untuk membawa negara kita ke arah yang baru. Merekalah masa depan negara kita.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Federal Constitution that Safeguards the Legitimate Rights and Interest of All Malaysians