Perletakan jawatan beramai-ramai MP Umno. Apakah niat sebenar mereka dan PPBM?
Berita perletakan jawatan beramai-ramai ahli-ahli parlimen Umno baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak. Apakah sebenarnya niat mereka ataupun agenda sebenarnya bekas wakil-wakil rakyat Umno ini adalah kurang jelas.
Ada khabar yang mengatakan kumpulan ahli-ahli parlimen ini tidak setuju dengan pendekatan pucuk pimpinan parti mereka yang menjalin kerjasama yang intim dengan PAS. Ada yang mengatakan bahawa bekas ahli-ahli parlimen Umno ini telah menyedari ketiadaan kuasa mereka sebagai ahli-ahli Umno dan lantas daripada itu ingin menyertai PPBM yang kini dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu daripada parti komponen PH.
Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PPBM yang menyatakan kesediaan parti menerima para pembelot Umno ini menyertai mereka. Apakah agenda sebenarnya para pemimpin PPBM ini? Hendak menambah jumlah ahli-ahli parlimen PPBM melalui kaedah pintas agar dapat bersaing dengan parti-parti komponen PH yang lain? Jika ianya betul-betul berlaku secara serentak, ianya boleh dikatakan membina kekuatan parti melalui pintu belakang. Jadi, adakah ini adil buat parti-parti komponen PH yang lain yang telah penat berjuang untuk mendapat bilangan ahli-ahli parlimen mereka?
Selain daripada itu, daripada segi moral, adakah ianya betul dan beretika bagi PPBM menerima para pembelot Umno ini semata-mata untuk menambah bilangan ahli-ahli parlimen mereka? Mungkin mereka ada juga niat untuk mempertingkatkan bilangan mereka di dalam parlimen, tetapi apakah mereka sanggup mengetepikan soal moral dan etika yang amat mereka ketengahkan ketika sebelum PRU14 yang lalu?
Kenapa PPBM nampak dalam keadaan berpusu-pusu untuk menambah bilangannya di dalam parlimen? Adakah PPBM punyai agenda rahsia untuk "memiliki" terus jawatan perdana menteri di masa yang akan datang? Adakah PPBM telah lupa akan semua persetujuan dan perjanjian yang terikat sewaktu PH baru dibentuk dahulu?
Jika sekiranya PPBM terus mengketengahkan soal bangsa dan agama demi menambah bilangannya dalam parlimen, kami anggap perkara tersebut tidak boleh diterima pakai kerana dukungannya di dalam arena politik baru pada hari ini adalah bertentangan dan ketinggalan zaman.
Selepas PRU14, PH telah membentuk kerajaan baru yang kini dalam proses menghasil satu negara baru buat Malaysia dan jika sekiranya PPBM masih mendukung suatu ideologi yang ketinggalan zaman, bagaimana ianya dapat memimpin negara ini ke arah yang baru dan tidak lagi berlandaskan perkauman dan keagamaan?
Dalam keadaan ini, PPBM perlu lebih praktikal dan tidak terbawa-bawa dengan angan-angan ingin membesar dengan cepat melalui jalan pintas. Langkah-langkah PPBM, walaupun belum dilihat dengan jelas tetapi melalui beberapa kenyataan para pemimpinnya, amat jelas keinginan mereka.
Oleh itu, kami meminta PPBM jangan merosakkan PH dengan karenah yang negatif tersebut. Rakyat telah memberikan kepercayaan dan memilih PH dan PPBM untuk menerajui negara ini dalam PRU14 yang lalu. Jangan menghampakan rakyat jelata yang mahukan satu negara baru buat mereka, generasi mereka yang akan datang.
Jika tidak, apa bezanya PPBM dengan Umno? Apakah bezanya PH dengan BN? Inilah keluhan yang bakal rakyat jelata luahkan jika PPBM nekad dengan rancangannya.
Fikirkan lah. Utamakan negara kita!