Posts

Showing posts from December, 2018

Isu kaum dan agama adalah perangkap. PH perlu praktikal dalam pentadbirannya

Image
Sejak daripada 9 Mei 2018 yang lalu, negara kita telah digelar Malaysia Baru ekoran kekalahan BN di dalam PRU14 itu, di mana Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri. Ianya merupakan suatu keputusan yang amat mengejutkan. Ya, Malaysia baru telah bermula, rakyat jelata telah merasai kemerdekaan yang sebenarnya daripada cengkaman penjajahan Umno dan BN selama 61 tahun lamanya. Akan tetapi di dalam Malaysia Baru ini, amalan politik lama dan kuno seperti pembabitan isu-isu dan sentimen perkauman dan agama masih dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Parti-parti yang kalah dalam PRU14 yang lalu seperti Umno dan PAS masih dengan aksi-aksi mereka yang ketinggalan zaman, suka menggunakan tekanan politik ala perkauman dan agama bagi meraih sokongan ramai, akan tetapi, hanya berjaya mempergunakan penduduk-penduduk dari kawasan pendalaman dan luar bandar untuk mencapai tujuannya yang songsang. Di dalam perkara ini, kami juga...

Bertemu dan makan bersama. Apa salahnya?

Image
Apabila berita mengenai pertemuan dua bekas naib-presiden PKR dan seorang bekas naib-presiden Umno mula menular di dalam media sosial, ramai pemimpin kedua-dua parti mengecam tindakan dan pertemuan mereka dengan berbagai-bagai khabar angin yang mendakwa mereka bertemu untuk merancang pembentukan parti baru kononnya. Apa salahnya ketiga-ketiga pemimpin muda ini bertemu dan makan bersama di sebuah restoran? Ya, mungkin aliran politik mereka adalah berbeza dan bertentangan tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi kawan, dan apabila bertemu sahaja, mereka wajib bergaduh, bertumbuk dan memaki hamun antara satu sama lain. Berilah mereka ruang peribadi dan masa untuk berada di luar saingan politik buat sementara waktu dan makan bersama sebagai sahabat handai. Ketiga-tiga pemimpin muda ini punyai pendapat yang berbeza dengan para pemimpin parti mereka masing-masing, mungkin mempunyai pendapat yang sealiran, yakni perubahan dan peluang golongan muda dalam politik masih kurang...

Perletakan jawatan beramai-ramai MP Umno. Apakah niat sebenar mereka dan PPBM?

Image
Berita perletakan jawatan beramai-ramai ahli-ahli parlimen Umno baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak. Apakah sebenarnya niat mereka ataupun agenda sebenarnya bekas wakil-wakil rakyat Umno ini adalah kurang jelas. Ada khabar yang mengatakan kumpulan ahli-ahli parlimen ini tidak setuju dengan pendekatan pucuk pimpinan parti mereka yang menjalin kerjasama yang intim dengan PAS. Ada yang mengatakan bahawa bekas ahli-ahli parlimen Umno ini telah menyedari ketiadaan kuasa mereka sebagai ahli-ahli Umno dan lantas daripada itu ingin menyertai PPBM yang kini dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu daripada parti komponen PH. Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PPBM yang menyatakan kesediaan parti menerima para pembelot Umno ini menyertai mereka. Apakah agenda sebenarnya para pemimpin PPBM ini? Hendak menambah jumlah ahli-ahli parlimen PPBM melalui kaedah pintas agar dapat bersaing dengan parti-parti komponen PH yang lain? Jika ianya betul-betul berlaku secara ...