Kenapa faktor Dr M menjadi penyumbang kepada pakatan pembangkang?

Dalam tahun 2008, parti-parti pembangkang utama yang selama ini tidak dapat mencapai kata sepakat akhirnya begabung di bawah payung Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Datuk Seri Anwar setelah kejayaan mereka di dalam menafikan sekaligus majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) pada PRU12 tersebut.

Namun, apabila Datuk Seri Anwar dipenjara semula politik di dalam PR sekali bergolak apabila PAS mengambil keputusan bersama Umno di dalam usaha mereka untuk menjayakan perlaksanaan hukum-hukum hudud melalui pemindaan undang-undang Syariah yang sedia ada.

Setelah perpecahan PR akibat daripada keputusan PAS untuk meninggalkan gabungan tersebut, dan pada masa yang sama Datuk Seri Anwar masih berada di dalam penjara, kini giliran Tun Dr Mahathir Mohammad pula mengambil-ahli peranan sebagai “peneraju” bagi membantu membina semula gabungan parti-parti pembangkang terkini, Pakatan Harapan (PH) agar ia diperkukuhkan lagi menjadi satu gabungan yang kekal.

Di dalam kepimpinan PH yang baru, ianya telah menyenaraikan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum, manakala Dr Mahathir mengambil peranan sebagai pengerusi, dan Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR) mengambil jawatan sebagai presiden PH. Barisan kepimpinan PH ini telah diperbaharui setelah rundingan di antara PKR, DAP, Amanah dan parti yang terbaru PPBM yang kini diterajui oleh Dr Mahathir.

Keputusan yang paling mencabar di sini adalah keputusan meletakkan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH dan bagi mendapatkan persetujuan Datuk Seri Anwar mengenai barisan kepimpinan yang baru tersebut dan ramai yang percaya dengan adanya ketokohan kedua-dua Datuk Seri Anwar dan Dr Mahathir, ia mampu menjana PH ke arah yang lebih dekat lagi dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib Razak di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Memang tidak dapat dinafikan, bahawa usaha untuk mendapatkan Datuk Seri Anwar untuk sekali lagi bersama Dr Mahathir di dalam pakatan yang terbaru ini memanglah sesuatu yang paling mencabar sekali, apatah lagi kedua-dua pemimpin ini pernah berganding rapat, bermusuhan dan kni berganding semula.

Di dalam tahun 1980an, Dr Mahathir telah melantik Datuk Seri Anwar sebagai salah satu penggantinya. Dengan sokongan Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar dilantik menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan setelah hanya sedekad di dalam Umno.

Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar pada tahun 1998 atas dakwaan “jenayah homoseksual” setelah mendapati timbalannya menjadi semakin menonjol di dalam kepimpinannya dan seterusnya dipenjarakan setelah didapati bersalah atas dakwaan salahlaku dan jenayah seksual. Dr Mahathir seterusnya menjadi perdana menteri yang paling lama berkhidmat, selama 22 tahun lamanya.

Kuasa Dr Mahathir pada masa itu (selaku perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri kewangan pertama) bergitu berpengaruh sehinggakan Datuk Seri Anwar tidak berpeluang untuk dilepaskan sehinggalah ke tahun 2004, iaitu setahun selepas Dr Mahathir metelakkan jawatannya sebagai presiden Umno, pengerusi BN dan perdana menteri.

Di sebalik tampuk pemerintahan yang baru di dalam Umno dan kerajaan BN ketika itu, Dr Mahathir masih mengekalkan kuasa dan pengaruh beliau di sebalik tadbir, melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya dan seterusnya menyumbang kepada penyingkiran Abdullah pada tahun 2009 serta menggantinya dengan calon pilihan keduanya, Najib Razak.

Rancangan Dr Mahathir nampaknya sungguh berjaya sehinggalah apabila Najib enggan tunduk kepada permintaan khusus Dr Mahathir untuk membantu mengusahakan kenaikan anaknya Mukhriz Mahathir ke salah satu daripada lima jawatan tertinggi Umno. Setelah penolakan Najib tersebut, maka bermulalah satu lagi kempen Dr Mahathir untuk menyingkirkan Najib.

Kedudukan Najib sebagai perdana menteri sekarang dilihat kukuh kerana jawatan tersebut memberikan kelebihan untuk beliau untuk terus kekal di dalam kepimpinan Umno di sebalik langkah drastik Dr Mahathir untuk menyingkirkan beliau dari dalam parti.

Mengapa Najib kukuh di dalam BN? Sewaktu pemerintahan Dr Mahathir yang lalu, beliau sendiri telah memusatkan segala kuasa ke Pejabat Perdana Menteri bagi memastikan kedudukan beliau sendiri kukuh dan mustahil untuk disingkirkan dengan mudah walaupun terdapat pergolakan demi pergolakan di dalam Umno pada masa itu. Nampaknya Dr Mahathir kini sedang merasai dirinya menjadi mangsa kepada sistem hasil ciptaan beliau sendiri di masa lalu.

Memandangkan langkah untuk menggulingkan Najib dari dalam Umno semakin pudar, Dr Mahathir tiada pilihan kecuali keluar daripada Umno dan membentuk sebuah lagi parti baru, Parti Pribumu Bersatu Malaysia (PPBM) dan kemudian membawa PPBM menyertai PH kerana beliau sedar dengan hanya mengukuhkan pakatan pembangkang tersebut ianya akan dapat membantu mendekatkan lagi peluang untuk menyingkirkan Najib, Umno dan BN daripada Putrajaya.

Dr Mahathir juga kini terperangkap dengan dasar pemerintahan autokratnya di masa lampau. Ramai di kalangan golongan kelas menengah masih tidak dapat memaafkan dasar pemerintahan kuku besi yang didalangi beliau pada masa lalu di mana ramai pemimpin parti-parti pembangkang ditahan di bawah ISA. Keengganan Dr Mahathir untuk memohon maaf di atas kesilapannya yang lepas telah mengakibatkan kemarahan ramai. Di dalam satu temu ramah yang lalu, beliau menegaskan penahanan beramai-ramai para pemimpin sivil dan parti-parti pembangkang pada tahun 1987 adalah atas permintaan dan nasihat pihak polis.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak polis begitu taat setia kepada pemerintahan Dr Mahathir pada masa itu dan ketaatan pihak polis kepada perdana menteri merangkap presiden Umno yang seterusnya, Najib Razak bukanlah sesuatu yang baru pada hari ini, yang dapat dilihat apabila pihak polis telah bersungguh-sungguh melindungi beliau daripada siasatan penglibatan beliau di dalam skandal 1MDB yang pernah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara sebelum ini yang telah dipecat.

Perlunya Mahathir dalam PH?

Kenapa tajuk yang mustahil ini boleh menjadi satu kenyataan? Tanda tanya ini masih terpahat di dalam pemikiran ramai di antara kita, khususnya apabila Dr Mahathir masih enggan memohon maaf di atas perbuatan silamnya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Dr Mahathir merupakan pemyumbang utama kepada kelemahan dan ketidakberkesanan beberapa institusi utama negara seperti kehakiman, parlimen, suruhanjaya pilihanraya serta beberapa badan penguatkuasa dan agensi keselamatan.

Walaubagaimanapun, setahu ramai, Dr Mahathir adalah satu-satu pemimpin atau tokoh di luar Umno yang masih mampu merentasi sempadan kawasan-kawasan pendalaman yang selama ini dihalang kemasukannya oleh golongan pelampau Umno dan PAS, di mana daripada kawasan-kawasan inilah PH amat memerlukan kesedaran dan undi mereka untuk menjatuhkan Umno di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Satu lagi sebab yang jarang diketahui ramai mengapa Dr Mahathir diberikan peranan yang penting di dalam PH hari ini. Sebab yang belum pernah diperbincangkan di kalangan umum secara terbuka.

Pucuk pimpinan PH menyedari hakikat bahawa Najib, Umno dan BN tidak akan begitu mudah menyerahkan kerajaan pusat kepada parti lain sekiranya mereka benar-benar tewas di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Najib, Umno dan BN akan cuba kekal di dalam kerajaan melalui undang-undang darurat dengan memerintah negara ini melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN)(sepertimana yang pernah dilakukan oleh mediang ayahnya Tun Abdul Razak ketika itu, memerintah melalui Majlis Gerakan Negara).

Namun sebelum MKN dan darurat dikuatkuasakan, Najib perlu mendapatkan perkenan daripada Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja. Kedudukan Majis Raja-raja ini dilihat sebagai institusi yang amat berpengaruh. Yang Dipertuan Agong perlu memberikan perkenan jika undang-undang darurat perlu dikuatkuasakan dan baginda juga berperanan untuk memperkenankan perlantikan seseorang perdana menteri.

Walaupun negara kita mengamalkan sistem raja berpelembagaan dan Raja-raja Melayu sepatutnya berada di atas sebarang perlakuan politik, namun secara praktikal baginda raja-raja juga berhak untuk menentu dan menolak calon-calon menteri besar yang diketengahkan oleh parti memerintah (Umno). Beberapa tahun kebelakangan ini juga melihat campurtangan raja-raja menjadi sengit apabila calon-calon yang dikemukakan oleh Umno ditolak baginda raja-raja, sebaliknya diletakkan calon pilihan atau kesukaan baginda sebagai pengganti. Hanya pemimpin yang tidak berakal sahaja akan mengingkari perintah raja-raja Melayu.

Dari sinilah Dr Mahathir dilihat dapat memainkan peranan beliau bagi pihak PH dengan berkesan. Sekiranya PH memenangi pilihanraya umum yang akan datang beliau akan dapat bertindak sebagai penghubung di antara kepimpinan PH dengan Majlis Raja-raja. Ramai di kalangan kerabat diraja amat menyukai Dr Mahathir walaupun ada juga di kalangan banginda yang kurang senang dengan pengaruh beliau, namun Dr Mahathir masih dilihat sebagi tokoh yang masih berpegang teguh terhadap ketuanan di dalam institusi kemelayuan di negara ini bagi memastikan dominasi masyarakat tersebut akan berterusan di dalam sebuah kerajaan baru yang bukan Umno mahupun BN.

Memang tidak dapat dinafikan juga, masih ramai di kalangan golongan konservatif Melayu masih bimbang dengan DAP yang kian popular di kalangan anak-anak muda kerana mereka melihat DAP sebagai sebuah parti yang sekular, seakan-akan mengancam kewujudan ketuanan masyarakat Melayu. Dengan adanya Dr Mahathir di sebelah PH, maka kebimbangan mereka dapat diketepikan.

Malah, ada juga yang berpendapat Datuk Seri Anwar juga boleh memainkan peranan sepertimana Dr Mahathir, tetapi tanggapan mereka kurang tepat. Golongan koservatif Melayu masih melihat Datuk Seri Anwar sebagai seorang pemimpin “liberal” yang rapat dengan DAP. Penolakan PKR terhadap fahaman “ketuanan Melayu” dan menggantikannya dengan “kepimpinan Melayu” di dalam kempennya, juga membimbangkan golongan koservatif tersebut.

Ramai di kalangan golongan konservatif Melayu juga bimbang sekiranya Datuk Seri Anwar menerajui kerajaan, banyak kontrak kerajaan yang diberikan atas nama “hak keistimewaan” akan berkurangan dan para peniaga serta kontraktor terpaksa bersaing di dalam pasaran terbuka.

Pendek kata, dengan adanya Dr Mahathir, kebanyakan kebimbangan mereka akan dapat dipadamkan, kerana beliau pernah menegaskan hak keistimewaan untuk kontraktor dan usahawan Melayu adalah masih diperlukan bagi meningkatkan prestasi ekonomi mereka. Dr Mahathir masih dilihat sebagai pendukung utama hak-hak orang Melayu dan pencapaian beliau dalam mempertahankan sistem tersebut ternyata masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin yang ada sekarang.

Sekiranya para penyokong golongan konservatif Melayu terpaksa menerima peralihan kuasa daripada BN kepada PH jika BN benar-benar kalah di dalam pilihanraya umum yang akan datang, pemimpin dan tokoh di luar Umno yang mereka paling yakini adalah Dr Mahathir. Bagi mereka, Dr Mahathir adalah tokoh ketuanan Melayu yang alternatif yang dapat menggantikan keseluruhan Umno.

Untuk tujuan tersebut, kedudukan Dr Mahathir di tangga kepimpinan PH adalah suatu jaminan.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork