Kritik Parti Bukan Hina Bangsa atau Agama, Begitu Juga Dengan Kritik Pemimpin

Baru-baru ini terdapat banyak reaksi dan tindakbalas yang keterlaluan yang memutarbelitkan keadaan di mana apabila sesebuah parti politik ataupun pemimpi parti dikritik, ianya akan dianggap sebagai telah menghina bangsa dan agama.

Ya, terdapat banyak kritikan terhadap Umno dan para pemimpinnya. Sebabnya adalah terlalu banyak, tetapi yang cukup jelas adalah kerana kerajaan yang didominasi oleh Umno sekarang ini penuh dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, dasar-dasar yang tidak adil, dasar-dasar diskriminasi kaum, menyokong keganasan politik dan perkauman. Senarai di sini hanyalah sebahagian daripada contoh-contoh politik yang dipelopori Umno untuk memastikan kekuasaannya kekal dengan lebih lama.

Mengkritik itu ada sebabnya yang menusabah. Jika sekiranya Umno itu bersifat adil sepanjang penggal-penggal pemerintahannya dan pentadbirannya bersih daripada kesemua gejala-gejala yang merugikan negara serta tidak menindas rakyat, buat apa kita hendak mengkritik parti tersebut dan para pemimpinnya? Adakah parti itu dan para pemimpinnya mengkaji kenapa kesemua kritikan tersebut dilemparkan terhadapnya? Tidak, hanya asyik marah, membuat penafian, serta punyai hasad dengki yang sungguh mendalam.

Dan oleh kerana itulah berlakunya putarbelit yang sungguh menjijikkan bagi memastikan segala elemen-elemen negatif mereka dalam parti dan kerajaan tidak di terokai dengan lebih mendalam. Sebab itulah segala kritikan terhadap Umno dan para pemimpinnya oleh pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang serta rakyat jelata akan dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap bangsa Melayu dan cubaan untuk mempersendakan agama Islam pada keseluruhannya.

Bagaimana pula dengan para pemimpin parti-parti pembangkang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang mengkritik Umno? Tindakbalasnya adalah jelas lebih kejam. Akan dituduh pula sebagai penderhaka, pengkhianat bangsa Melayu, telah murtad dan keluar Islam dan tidak taat pada Raja-raja Melayu kononnya.

Beginilah keadaan politik di dalam negara kita ini yang sudah dicemari dengan bermacam-macam ideologi perkauman dan agama yang dicampuradukkan oleh Umno yang sudah memerintah selama lebih daripada 55 tahun lamanya. Majlis Fatwa dipergunakan, JAKIM dipergunakan, JAIS diperalatkan, para mufti diperalatkan, masjid disalahgunakan dan begitu juga dengan khutbah-khutbah Jumaat dipergunakan tempatnya untuk senantiasa mengapi-apikan sentimen kebencian dan perkauman oleh Umno.

Malah yang terkini, menteri dalam negeri juga dengan jelas telah menghalalkan segala bentuk ancaman dan tindakan ganas yang bertujuan untuk melindungi Umno dan para pemimpinnya, kononnya tindakan pihak-pihak yang pro-Umno tersebut adalah jihad dan bertujuan untuk melindungi bangsa Melayu dan agama Islam. Nampaknya pembohongan demi pembohongannya serta segala-gala dustanya sudah menampakkan kejayaan.

Ditambah pula dengan dakwaan bahawa jika sekiranya tidak ada Umno, maka bangsa Melayu akan tidak ada lagi, jikalalau tidak ada Umno, maka Islam akan hilang dibumi Malaysia ini. Adakah ini semua benar? Tidak, kesemua dakwaan tersebut adalah penuh dengan pembohongan dan dustaan.

Umno adalah salah satu daripada puluhan parti-parti politik yang wujud dalam negara kita ini. Jika Umno tumbang di suatu hari nanti, bangsa Melayu dan agama Islam akan terus wujud. Begitu juga dengann MCA, jika sekiranya parti "mewakili" bangsa Cina ini tumbang di suatu hari, bangsa Cina akan tetap wujud.. Sama juga dengan MIC, masyarakat berbangsa India akan juga terus wujud walaupun MIC akan pupus tidak lama lagi.

Sesebuah parti politik, boleh wujud, menjadi sungguh berkuasa, selepas itu tumbang di dalam pilihanraya umum kerana kehilangan sokongan rakyat jelata, dan setelah itu tidak menjadi relevan, dan terbubar dengan begitu sahaja di suatu hari nanti, akan digantikan dengan parti-parti politik yang baru berkuasa, yang telah dipilih oleh rakyat jelata untuk menggantikan parti-parti pemerintah yang lalu.

Hakikatnya adalah parti-parti politik boleh datang dan pergi, atau lesap dengan begitu sahaja, tetapi rakyat jelata, tidak mengira kaum ataupun agama akan tetap wujud di dalam negara ini. Begitu juga dengan negara-negara lain. Jadi, soal sesebuah parti politik jika diertikan dengan lebih mendalam, bukannya soal sesuatu kaum ataupun agama sepenuhnya kerana wujudnya sesebuah parti politik adalah bertujuan untuk bersifat sebagai pengamal politik bagi mendapatkan kuasa memerintah.

Tanyalah diri kita semua, adakah pernah dilihat sesebuah parti politik wujud sebagai sebuah masjid, kuil, tokong, gereja ataupun apajua bentuk rumah ibadat? Tidak pernah, dan ini adalah hakikatnya.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork