Adakah para pemimpin Umno ikhlas inginkan perubahan dalaman?
Dalam pilihanraya umum yang lalu, Umno dan gabungannya, Barisan Nasional (BN) kalah teruk sehinggakan terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahannya kepada Pakatan Harapan (PH) sekaligus menamatkan era kekuasaannya di Putrajaya selama lebih 60 tahun.
Ramai yang bergembira seketika apabila dikhabarkan Umno dan BN telah hilang majoriti dan tidak dapat membentuk kerajaan di peringkat pusat dan beberapa buah negeri yang dikuasainya selama ini.
Namun demikian, walaupun Umno telah kalah, kami selaku pendukung demokrasi sejagat juga tidak ingin melihat Umno berkubur dengan begitu sahaja setelah mengalami kekalahan tersebut. Sebaliknya, kami ingin melihat Umno menjadi sebuah parti pembangkang yang berwibawa dengan membawa bersamanya peranan semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan baru yang kini diterajui oleh PH.
Untuk itu, bagi membolehkannya bangkit semula untuk memulakan peranan yang baru sebagai sebuah parti pembangkang, Umno dan para pemimpinnya perlu berani berhadapan dengan kenyataan yang mereka kini berada di dalam barisan pembangkang. Para pemimpin Umno yang menduduki jawatan di dalam kerajaan BN yang lalu seharusnya faham dan mengundurkan diri mereka daripada proses pemilihan parti yang dijangka diadakan tidak lama lagi dengan memberikan peluang kepada barisan pemuda di dalam parti tersebut untuk mara ke hadapan bagi mengisi semua jawatan di dalam majlis tertinggi Umno.
Persoalannya di sini adalah, kenapa perlu Datuk Ahmad Zahid Hamidi, bekas timbalan perdana menteri di dalam kerajaan BN yang lalu masih enggan mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada barisan pelapis muda yang baru untuk menerajui parti yang kini di ambang kemusnahan akibat perbuatan mereka sendiri? Begitu juga dengan bekas-bekas menteri kerajaan BN yang lalu yang telah mengumumkan pencalonan mereka bagi jawatan-jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha-agung dan ahli majlis tertinggi parti?
Adakah mereka ini masih tidak sedar bahawa Umno telah ditolak rakyat di dalam pilihanraya umum yang lalu oleh kerana perbuatan mereka sendiri dan langsung tidak berasa salah, sebaliknya masih ingin mencalonkan diri mereka untuk jawatan-jawatan majlis tertinggi, sekaligus menggambarkan ketidakinginan mereka untuk memberikan peluang kepada barisan pelapis muda dalam parti untuk mengambil-alih? Sikap para pemimpin Umno yang ada kini masih sama seperti dahulu, yang suka berlagak seperti “warlord” dalam parti.
Jika dibandingkan dengan kebanyakan negara, di mana, apabila parti-parti memerintah yang kalah di dalam pilihanraya, para pemimpin parti tersebut akan dengan sukarelanya meletakkan jawatan mereka dan berundur terus daripada politik, memberikan peluang kepada pelapis baru untuk menerajui parti tersebut.
Kami juga amat mengalu-alukan pencalonan Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan presiden parti kerana beliau dilihat sebagai dari kalangan golongan muda parti yang mampu menjana semula kekuatan parti. Namun demikian, adakah jika sekiranya Khairy mampu meraih jawatan presiden parti, tetapi jawatan-jawatan lain pula kekal di tangan golongan konservatif Umno, adakah beliau dapat menjana semula kekuatan parti itu dengan berkesan? Adakah beliau dapat menangkis segala halangan yang bakal dilaluinya daripada golongan konservatif Umno? Itulah persoalannya, jika sekiranya golongan tersebut enggan memberikan laluan kepada golongan pelapis muda yang baru untuk menerajui Umno dan membantu Khairy untuk membina semula parti tersebut yang kini masih hilang arah, ekoran kekalahan mengejutnya, adakah Khairy mampu menjadi seorang presiden parti yang berkesan?
Sehingga pada hari ini, kami masih belum melihat sebarang alasan yang kukuh ataupun sebarang jawapan yang jelas bahawa Khairy akan dapat memimpin parti itu dengan berkesan bersama dengan para pemimpin Umno yang lama yang pernah mendukung kerajaan BN yang lalu? Ya, Khairy juga adalah bekas menteri di dalam kerajaan BN yang lalu, tetapi berdasarkan beberapap tindakan beliau di masa yang lalu telah menunjukkan beliau bukannya daripada bayang golongan konservatif Umno kerana beliau telah membuktikan kemampuannya untuk menjana perubahan.
Kami ingin menasihati para pemimpin dari golongan konservatif Umno, parti tersebut kalah teruk adalah kerana akibat perbuatan mereka. Bertanggungjawablah ke atas segala kekurangan dan kesilapan sendiri dan jangan membawa parti tersebut ke ambang tyang tidak dapat diselamatkan lagi. Berilah peluang kepada Khairy untuk memimpin pelapis pemudanya ke dalam majlis tertinggi.
Zahid Hamidi, Mohammad Hasan, Annuar Musa, Abdul Azeez, Tengku Adnan Mansur, Johari Abdul Ghani, Abdul Rahman Dahlan, Tengku Razaleigh dan lain-lain, kalau betul-betul sayangkan parti, undurlah daripada pertandingan parti kali ini. Berikan Khairy ruang seluas-luasnya untuk beliau menyusun semula Umno untuk menerajui barisan pembangkang yang baru. Era perkauman dan agama sudah ketinggalan zaman dan tidak praktikal lagi, era merendah-rendahkan kaum hawa di dalam parlimen juga tidak praktikal lagi, begitu juga dengan era samseng dan keganasan yang selama ini dipelopori golongan konservatif Umno kini sudah tidak ada ruang lagi di dalam politik Malaysia Baru.
Kepada “Unit Strategi Umno” yang baru sahaja memberi “amaran” kepada pihak luar agar tidak berkomentar tentang pemilihan parti Umno, kami menegaskan bahawa Unit tersebut masih angkuh, bongkak dan sombong. Walauapapun kegiatan atau isu semasa dalaman Umno, rakyat jelata akan tetap berkomentar selagi berita demi berita tentang parti tersebut dihebohkan di dalam umum. Kalau tak nak kita berkomentar, ulasan kami senang sahaja, “tutup kedai kalau enggan berubah atau menerima teguran”.