Adakah para pemimpin Umno ikhlas inginkan perubahan dalaman?

Dalam pilihanraya umum yang lalu, Umno dan gabungannya, Barisan Nasional (BN) kalah teruk sehinggakan terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahannya kepada Pakatan Harapan (PH) sekaligus menamatkan era kekuasaannya di Putrajaya selama lebih 60 tahun. Ramai yang bergembira seketika apabila dikhabarkan Umno dan BN telah hilang majoriti dan tidak dapat membentuk kerajaan di peringkat pusat dan beberapa buah negeri yang dikuasainya selama ini. Namun demikian, walaupun Umno telah kalah, kami selaku pendukung demokrasi sejagat juga tidak ingin melihat Umno berkubur dengan begitu sahaja setelah mengalami kekalahan tersebut. Sebaliknya, kami ingin melihat Umno menjadi sebuah parti pembangkang yang berwibawa dengan membawa bersamanya peranan semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan baru yang kini diterajui oleh PH. Untuk itu, bagi membolehkannya bangkit semula untuk memulakan peranan yang baru sebagai sebuah parti pembangkang, Umno dan para pemimpinnya perlu berani berhadapan deng...