Jangan biarkan PENCURI memerintah negara kita lagi

Parlimen negara kita telahpun terbubar dan penamaan calon juga telah menyaksikan calon-calon yang bakal bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sebelum parlimen dibubarkan, Akta Berita Palsu dan persempadanan semula kawasan parlimen dan dewan undang negeri telah dibentang dan diluluskan dalam parlimen dalam keadaan tergesa-gesa. Sepanjang pemerintahan Barisan Nasional (BN), kita telahpun melihat beberapa siri rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidaktelusan di dalam pentadbiran kerajaan BN di mana ianya telah mengakibatkan kehilangan wang negara berbilion-bilion ringgit. Selain daripada itu, di bawah para pemimpin BN, daripada perdana menteri sehinggalah ke peringkat menteri dan bahagian-bahagian Umno, skandal demi skandal tidak henti-henti menjelma, tetapi mereka semua ini tidak pula menginsafi akan segala perbuatan mereka sebaliknya berbangga dengan segala perbuatan keji mereka dengan berselindung di sebalik pelbagai undang-undang serta agama dan bangsa sering ...