Siapakah yang akan mematuhi dan menghormati undang-undang jika kerajaan dan pihak berkuasa juga tidak mematuhi atau menghormati undang-undang?
Apakah kesalahan para penduduk TTDI itu sehinggakan polis terpaksa menahan mereka di dalam lokap balai polis, berikutan tindakan penduduk TTDI ini yang telah mengambil inisiatif untuk menurunkan kesemua bendera sebuah parti politik daripada kawasan perumahan mereka?
Ini adalah kerana, kebanyakan pengantungan bendera-bendera dan sepanduk parti terbabit didapati mengganggu dan merbahayakan para pengguna jalanraya. Aduan telahpun disampaikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun tiada tindakan diambil kerana DBKL sebenarnya ditadbir oleh parti yang terbabit.
Mengikut Seksyen 24B (4) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, apajua kempen dan bahan-bahan kempen pilihanraya, termasuk sepanduk dan bendera adalah tidak dibenarkan sehinggakan tibanya tarikh penamaan calon barulah bermula waktu berkempen sampailah ke hari mengundi.
Akan tetapi, di dalam hal ini, nampaknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga tidak berminat langsung untuk menguatkuasakan keadaan memandangkan parti yang memerintah asyik melanggar undang-undang tersebut. Mungkin ia adalah kerana SPR adalah di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri yang diuruskan sendiri oleh Perdana Menteri yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN).
Oleh kerana keadaan sedemikian, SPR terpaksa memihak kepada parti memerintah di dalam banyak perkara berhubung kait dari segi perundangan, sama ada ianya perlu dikuatkuasakan ataupun tidak perlu dihiraukan, bergantung kepada budi bicara “majikan”mereka, yakni Perdana Menteri/presiden Umno/pengerusi BN.
Institusi pengurusan pilihanraya sepatutnya terletak di bawah bidang kuasa parlimen dan Majlis Raja-Raja bagi memastikan ianya dapat bersikap berkecuali, akan tetapi di dalam keadaan sekarang SPR terpaksa akur terhadap segala keputusan dan arahan yang akan ditentukan oleh presiden Umno dan pengerusi BN itu sendiri.
Keberkecualian SPR di dalam isu ini sering dipersoal oleh pelbagai pihak oleh kerana institusi tersebut adalah di bawah kawalan seorang pemimpin parti memerintah. Ianya terbukti apabila persempadanan semula kawasan pilihanraya tidak dapat dikaji atau dibantah dengan berkesan oleh rakyat jelata dan ahli-ahli parlimen. Malah ramai pengundi mendapati kawasan mengundi mereka turut diubah tanpa pengetahuan mereka sewenang-wenangnya oleh SPR dan Jabatan Perdana Menteri.
Di dalam hal berkaitan dengan penahanan beberapa penduduk TTDI baru-baru ini kerana mengambil tindakan sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada undang-undang, malah boleh kita katakan para penduduk TTDI ini telah bertindak mengikut Seksyen 24B (4) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 untuk menurunkan bendera-bendera dan sepanduk parti memerintah yang tidak sepatutnya dinaikan di waktu sekarang kerana ianya jelas melanggari Akta tersebut. Apakah pihak polis juga tidak jelas dengan undang-undang tersebut ataupun mereka juga “memihak” kepada parti memerintah?
Jika sekiranya wujudnya undang-undang dan ianya tidak dipatuhi sendiri oleh walaupun penguatkuasa itu sendiri, jadi, bagaimanakah dengan seseorang rakyat biasa akan memandang perkara ini? Sudah tentunya rakyat jelata tidak akan lagi menghormati undang-undang tersebut memandangkan pihak kerajaan dan penguatkuasa sendiri juga tidak menghormatinya. Faham keadaannya sekarang?
Persoalan pokok di sini adalah, siapakah yang akan menghormati sebarang undang-undang lagi jika sekiranya kerajaan dan penguatkuasa juga tidak menghormati, mematuhi dan menguatkuasakan undang-undang tersebut? Ia bagaikan satu lawak jenaka? Di manakah teladan yang sepatutnya ditunjukkan oleh kerajaan dan penguatkuasa?
Dari segi kefahaman rakyat, ia amat senang sahaja, jika kerajaan dan pihak berkuasa tidak endah, buat apa kita perlu endah? Sebab itulah negara kita menjadi tidak tentu arah. Soal kuasa undang-undang berat sebelah, banyak yang memihak sebelah, malah penghakiman di dalam mahkamah juga kebanyakan amat mengelirukan, malah yang lebih teruk lagi penjenayah atau pencuri kadang-kala terlepas dari hukuman manakala yang si pelapor atau pendedah pula yang didakwa, didapati bersalah dan dipenjarakan.
Nampaknya, di bawah BN ini, undang-undang seakan-akan tidak lagi relevan. Yang kita perhatikan, kadang-kala Perlembagaan Persekutuan juga dianggapnya bagaikan kertas buruk.