Siapakah yang akan mematuhi dan menghormati undang-undang jika kerajaan dan pihak berkuasa juga tidak mematuhi atau menghormati undang-undang?

Apakah kesalahan para penduduk TTDI itu sehinggakan polis terpaksa menahan mereka di dalam lokap balai polis, berikutan tindakan penduduk TTDI ini yang telah mengambil inisiatif untuk menurunkan kesemua bendera sebuah parti politik daripada kawasan perumahan mereka? Ini adalah kerana, kebanyakan pengantungan bendera-bendera dan sepanduk parti terbabit didapati mengganggu dan merbahayakan para pengguna jalanraya. Aduan telahpun disampaikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun tiada tindakan diambil kerana DBKL sebenarnya ditadbir oleh parti yang terbabit. Mengikut Seksyen 24B (4) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, apajua kempen dan bahan-bahan kempen pilihanraya, termasuk sepanduk dan bendera adalah tidak dibenarkan sehinggakan tibanya tarikh penamaan calon barulah bermula waktu berkempen sampailah ke hari mengundi. Akan tetapi, di dalam hal ini, nampaknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga tidak berminat langsung untuk menguatkuasakan keadaan memandangkan parti yang...