Benarkah Felda telah mendapatkan semula hakmilik tanah di Jalan Semarak?
Sewaktu Felda mengumumkan pada minggu yang lalu bahawa mereka telah berjaya mendapatkan semula hakmilik tanah yang telah diberikan kepada pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) pada tahun 2015, ramai di antara kita yang tetanya-tanya, bagaimanakah usaha untuk mendapatkan semula tanah yang hilang itu dapat dilaksanakan dengan begitu senang dan cepat sekali.
Sememangnya tidak dapat dipercayai, kerana kesemua transaksi dan urusan tersebut dilaksanakan hanya dalam sekelip mata, bagaikan satu "magic" ataupun pertunjukan silap mata. Jika di kalangan rakyat, transaksi pindahmilik tanah kadangkala mengambil masa berbulan-bulan lamanya dan memerlukan kelulusan dan penglibatan pelbagai pihak.
Pelbagai andaian telah dibuat oleh para pemerhati memandangkan Felda enggan mendedahkan bagaimana mereka telah berjaya mendapatkan semula tanah tersebut yang telah dipindahmilik kepada SPSB. Antara persoalan yang timbul di sini adalah:
a) Berapakah jumlah pampasan yang Felda tawarkan kepada SPSB bagi memperoleh semula tanah tersebut? Adakah kabinet telah meluluskan jumlah pampasan tersebut?
b) Bagaimana transaksi pindahmilik semula itu dapat dilaksanakan dengan begitu cepat sekali? Adakah ini hanya satu penjanjian persefahaman (MOU) ataupun perjanjian jualbeli semula?
c) Adakah hakmilik tanah tersebut telah benar-benar dipindahkan semula kepada Felda atau Felda hanya mendapat semula geran-geran tanah tersebut tetapi hakmiliknya masih SPSB?
d) Bagaimana dengan nasib para pembeli KLVC yang telah menandatangani perjanjian jualbeli (SPA) unit-unit mereka dengan SPSB sebelum ini? Adakah para pembeli KLVC akan menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban tidak mendapat strata milik unit-unit yang telah dibeli di kemudian hari?
e) Bagaimana Felda dapat memastikan yang tanah yang sedang dibangunkan oleh SPSB itu akan kekal di tangan Felda dan apakah bentuk pampasan yang Felda telah aturkan untuk ditawarkan kepada para pembeli KLVC?
f) Adakah urusan memperoleh semula hakmilik tanah tersebut dari SPSB ke Felda akan dibentangkan di dalam sidang parlimen yang akan datang dan diumumkan kepada orang ramai ataupun urusan tersebut tidak akan didedahkan kerana ianya akan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?
g) Adakah mana-mana pihak telah diperas ugut ataupun apajua cara yang menyalahi undang-undang dan integriti digunakan dalam usaha untuk mendapatkan semula tanah tersebut.
Ahli-ahli parlimen negara kita perlu sensitif kerana kegiatan tersebut berkemungkinan besar telah melibatkan sejumlah besar wang negara dan Putrajaya akan berusaha untuk merahsiakan seberapa banyak fakta yang boleh agar ianya tidak menjejaskan kedudukan mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Begitu juga dengan rakyat jelata, khususnya para peneroka Felda yang telah berusaha bertungkus lumus sejak puluhan dekad yang lalu, namun mereka tidak mendapat pulangan yang sepatutnya mereka perolehi, ingin tahu, apakah kesudahan skandal tersebut dan di manakah hasil dan pulangan lumayan yang Felda sering janjikan selama ini.
Di dalam skandal ini, pengurusan Felda yang baru juga perlu telus, jujur dan amanah dalam memaklumkan kepada rakyat jelata secara terperinci mengenai kaedah dan cara penyelesaian yang telah mereka laksanakan agar dapat memperoleh semula kepercayaan orang ramai terhadap institusi pembangunan perladangan tersebut.