Benarkah Felda telah mendapatkan semula hakmilik tanah di Jalan Semarak?

Sewaktu Felda mengumumkan pada minggu yang lalu bahawa mereka telah berjaya mendapatkan semula hakmilik tanah yang telah diberikan kepada pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) pada tahun 2015, ramai di antara kita yang tetanya-tanya, bagaimanakah usaha untuk mendapatkan semula tanah yang hilang itu dapat dilaksanakan dengan begitu senang dan cepat sekali. Sememangnya tidak dapat dipercayai, kerana kesemua transaksi dan urusan tersebut dilaksanakan hanya dalam sekelip mata, bagaikan satu "magic" ataupun pertunjukan silap mata. Jika di kalangan rakyat, transaksi pindahmilik tanah kadangkala mengambil masa berbulan-bulan lamanya dan memerlukan kelulusan dan penglibatan pelbagai pihak. Pelbagai andaian telah dibuat oleh para pemerhati memandangkan Felda enggan mendedahkan bagaimana mereka telah berjaya mendapatkan semula tanah tersebut yang telah dipindahmilik kepada SPSB. Antara persoalan yang timbul di sini adalah: a) Berapakah jumlah pampasan yang Felda tawarkan ke...