PAS perlu jawab, adakah perlantikan di Kelantan juga “dedak”?
Baru-baru ini, perlantikan setiausaha-agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang telah menjadi suatu isu pula apabila PAS telah menyelar perlantikan beliau di negeri tersebut sebagai “dedak”.
Kami menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS itu suatu permainan politik semata-mata bagi mengeliru dan mengalihkan perhatian rakyat ke Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri tersebut adalah kotor dan tidak “suci” ataupun kerana cemburu dengan pencapaian pihak lain?
Ingin kami bertanyakan PAS, apabila Saifuddin dilantik oleh kerajaan negeri PAS Kelantan sebagai pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum, ianya tidak menjadi sebarang isu seperti yang dibangkitkan sekarang. PAS perlu menjawab dengan segera, adakah jawatan yang diberikan oleh PAS itu juga adalah “dedak”?
Kalau satu yang “dedak”, maka semuanya adalah “dedak”, bukankah begitu, PAS? Jangan-jangan PAS memberikan alasan bahawa setiap perlantikan yang diberikan oleh kerajaan negeri Kelantan memerlukan setiap calonnya dimandikan air jampi PAS pula.
Jangan pula PAS akan memberikan alasan bahawa perlantikan di negeri Kelantan bukannya “dedak” kerana Saifuddin telah dimandikan air jampi PAS pada masa itu, manakala perlantikan beliau di Pulau Pinang adalah “dedak” kerana kerajaan negeri Pulau Pinang serta PKR dan DAP tidak mempunyai sebarang air jampi.
PAS, janganlah meninggalkan ataupun memburukkan agama demi jahiliah semata-mata ingin mengutamakan pencapaian politik. Janganlah PAS memandikan agama dengan fahaman-fahaman yang sesat kerana ramai di antara pemimpinnya telahpun menyesatkan diri mereka sehinggalah ke tahap yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Masa belum terlewat untuk PAS bertaubat dan kembali ke ajaran agama yang asalnya. Bertaubatlah demi rakyat, kerana yang ramai di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu kini sedang dimandikan dosa-dosa PAS yang sudah tidak terkira jumlahnya.
Tolonglah PAS, kembali kepada rakyat!