Realiti pemilikan rumah di Malaysia: Spekulasi harus dibendung

Oleh Mohd Hafizan Mazuki, Aliran.com Menurut definisi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1976, keperluan asas manusia terbahagi kepada tiga. Iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian. Namun definisi hari ini adalah lebih luas termasuk kesihatan, pendidikan dan beberapa perkara lain. Bagi negara membangun seperti Malaysia, keperluan yang paling mendasar ini pada tahap yang agak baik. Namun ia tidak sempurna dan harus ada ruang untuk diperbaiki. Menurut kenyataan presiden Cuepacs Azih Muda, sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, 60 peratus kakitangan awam tidak mampu memiliki rumah, dan 75 peratus daripadanya berusia kurang dari 40 tahun. Data ini hanya melibatkan kakitangan awam; cuba bayangkan kakitangan swasta, kontrak dan mereka yang tidak punya pendapatan tetap. Situasi di luar sana adalah lebih meruncing. Situasi harga rumah di Malaysia Menurut Laporan Indeks Harga Rumah Knight Frank pada 2014, peningkatan harga rumah di Malaysia pada suku pertama 2014 adalah ...