PSM perlu fokus pada portfolio yang berkepentingan rakyat
Memang tidak dapat dinafikan Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah merupakan sebuah parti berparlimen atau “parliamentary party”. Walaupun PSM hanya mempunyai satu ahli parlimen sahaja, namun ianya tetap sebuah parti berparlimen oleh kerana PSM mempunyai seorang wakil yang dipilih oleh rakyat ke parlimen.
Dengan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sepatutnya tidak menjadi halangan untuk PSM memainkan peranan mereka secara aktif di dalam memantau kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan negeri serta kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan PAS.
Sebagai permulaan dan oleh kerana PSM bukannya sebuah parti yang besar dan mempunyai sumber yang mencukupi, PSM boleh bermula dengan memberikan lebih tumpuan terhadap beberapa portfolio-portfolio kementerian kerajaan yang terlibat secara langsung dengan kebajikan dan kepentingan rakyat, seperti perumahan dan kerajaan tempatan; kesihatan; sumber manusia, pengangkutan dan pemantauan terhadap hasil Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).
Selain daripada pemantauan, PSM juga boleh memainkan peranan mereka untuk membentang serta mengusulkan dasar-dasar alternatif untuk mengatasi kelemahan, ketidaksempurnaan dan ketidakadilan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada agar rakyat dapat menilai aspek-aspek dan nilai-nilai yang ada pada PSM dalam seni pentadbiran dan kerajaan.
Perumahan dan kerajaan tempatan
Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh PSM pada tahun 2013 yang lalu, krisis perumahan di negara kita ini kian runcing sehinggakan rakyat sudah tidak mampu lagi untuk memiliki sebuah rumah sendiri untuk didiami.
Harga rumah semakin mahal kerana harga tanah semakin melonjak. Ini adalah kerana permintaan semakin tinggi dan untuk membina rumah-rumah yang mencukupi di sesebuah kawasan yang bersesuaian dengan permintaan adalah terhad.
Selain daripada itu, kadar faedah pinjaman perumahan juga semakin tinggi dan ini telah membebankan lagi para peminjam yang akan cuba melangsaikan segala hutang pinjaman mereka sehingga ke akhir hayat.
Pembangunan yang pesat pada hari ini telah menyebabkan pasaran hartanah naik dengan mendadak sehinggakan ianya hilang kawalan kerana tidak ada sebarang mekanisme atau undang-undang untuk mengawal harga pasaran daripada melampaui peningkatannya. Jikalau kerajaan negeri atau kerajaan tempatan sering dipersalahkan, itu tidak masuk akal, kerana dasar perumahan dikelolakan oleh kerajaan pusat.
Justeru dari itu, PSM perlu mempertingkatkan pemantauan terhadap isu ini dengan mengemukakan pelan dan dasar alternatif agar suatu udang-undang atau kawalan dapat dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan mengurangkan bebanan rakyat yang ingin memiliki rumah.
Pengurusan dalam kerajaan tempatan juga adalah penting kerana buat masa kini sektor kerajaan tempatan di seluruh negara masih menunjukkan tahap perkhidmatan yang kurang memuaskan. Malah ada juga dewan bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah yang menunjukkan prestasi sifar apabila dihitung dari segi perkhidmatannya kepada rakyat.
Masalah utama adalah kerana kurangnya pemantauan yang khusus seperti penjagaan kebersihan, pengurusan kemudahan awam dan pasar umum, khidmat pembayaran cukai hasil, pengurusan dan pembaikan jalan-jalan, kaedah penguatkuasaan dan pelbagai bentuk karenah birokrasi yang timbul semasa rakyat berusan dengan pejabat-pejabat kerajaan tempatan.
Di dalam pilihanraya umum yang lalu, parti-parti pembangkang seperti DAP dan PKR pernah menjadi pendorong dan pendesak yang paling lantang agar pilihanraya kerajaan tempatan dapat dihidupkan semula bagi meningkatkan prestasi khidmat kerajaan tempatan dan taraf hidup rakyat jelata.
Namun, apabila DAP dan PKR mula menerajui kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor desakan agar pilihanraya kerajaan tempatan dipulihkan seakan-akan telah dilupakan dan tidak ada lagi langkah-langkah yang drastik bagi menggerakkan usaha tersebut. Alasan yang mengatakan Akta Kerajaan Tempatan adalah batu penghalang adalah tidak munasabah.
PSM haruslah mengambil kesempatan tersebut dengan mengambil-alih peranan yang telah ditinggalkan oleh DAP dan PKR itu untuk terus mendesak agar pilihanraya kerajaan tempatan dapat dihidupkan semula demi kepentingan umum. Usaha dan desakan tersebut perlu dilaksanakan melalui pengajuran kempen, forum dan penerangan agar rakyat dapat memahami bertapa perlunya pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan.
Kesihatan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa di dalam salah satu tanggungan sosial dan masyarakat pada hari ini, penjagaan dan perkhidmatan kesihatan adalah merupakan hak setiap manusia di bumi ini.
Hakikatnya adalah tidak ada seorang pun yang suka kepada kesakitan, dijangkiti penyakit, berjumpa dengan doktor atau pakar, menerima rawatan atapun dimasukkan ke hospital dan dibedah. Tetapi jika sekiranya seseorang tidak dapat mengelak daripada apa yang disebut di atas daripada berlaku, beliau perlu menerima rawatan dan pemerhatian yang sewajarnya daripada sektor tersebut.
Di dalam keadaan tersebut, bekalan perubatan dan perkhidmatan kesihatan telah diperdagangkan bagi tujuan mengaut keuntungan. Akibat daripada itu, harga ubat-ubatan dan kadar perkhidmatan telah naik mendadak sehinggakan ramai orang sudah tidak mampu lagi untuk mendapat dan menerima rawatan yang sempurna.
Bilangan pusat pakar perubatan swasta semakin meningkat tetapi pusat perkhidmatan kesihatan kerajaan tidak pula bertambah dan pada masa yang sama prestasi perkhidmatan kesihatan kerajaan juga tidak setanding pusat-pusat perubatan swasta.
Akibat dari itu, mereka yang kurang berkemampuan terpaksa berasak-asak ke hospital kerajaan pada setiap hari untuk menunggu berjam-jam bagi mendapatkan rawatan dan bekalan perubatan.
Oleh itu, PSM haruslah memantau keadaan tersebut dengan mengenukakan dasar-dasar alternatif bagi memperbaiki keadaan tersebut di samping terus mendesak agar kerajaan sekarang mengambil langkah-langkah perlu untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat jelata.
Selain itu, PSM juga perlu mendesak agar sesuatu undang-undang dapat digubal bagi memastikan agar bekalan ubat-ubatan tidak dikomersialkan dengan sewenang-wenangnya untuk mendapatkan keuntungan.
Sumber manusia
Di dalam persaingan ekonomi yang semakin sengit pada hari ini, hak golongan pekerja di semua sektor semakin diabaikan ataupun diketepikan demi mengaut keuntungan maksimum.
Kerajaan yang ada pada hari ini turut bersekongkol dengan syarikat-syarikat yang besar dan pihak-pihak yang berkepentingan agar hak para pekerja ini dapat dikurangkan atau diketepikan terus.
Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan yang telah digubal sebelum ini terdiri daripada ciri-ciri yang lebih menguntungkan pihak majikan di jangkamasa yang panjang sementara golongan pekerja hanya dapat menikmati sebilangan kecil faedah yang diperuntukan oleh undang-undang.
Akibat daripada itu, golongan pekerja sering tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila berlakunya sebarang pertelingkahan di antara pihak majikan dan para pekerja serta penamatan pekerjaan secara beramai-ramai.
Di dalam hal ini, PSM haruslah menyusulkan suatu dasar buruh yang alternatif agar akta-akta tersebut dapat dipindah, ditambahbaik ataupun dirombak bagi memastikan kepentingan golongan pekerja dapat diperlihara dengan sepenuhnya.
Pengangkutan
Sejak daripada beberapa dekad yang lalu sehinggalah pada hari ini, negara kita masih menghadapi satu krisis pengangkutan yang semakin hari semakin tenat.
Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien di negara ini telah menyebabkan rakyat jelata terpaksa berbelanja lebih untuk mendapat dan memiliki pengangkutan sendiri bagi memudahkan pergerakan mereka.
Kemudahan pinjaman bank untuk pembelian kenderaan dilonggarkan dan dilanjutkan tempoh pembayaran balik bagi mempermudahkan proses pembelian dan pemilikan kenderaan persendirian, pada masa yang sama terpaksa menanggung kadar faedah pinjaman yang tinggi. Akibat daripada ini, rakyat pada dasarnya terpaksa menanggung satu lagi bentuk bebanan hutang jangka panjang.
Selain daripada itu, penambahan bilangan kenderaan persendirian pada setiap tahun juga telah menyebabkan kesesakan lalulintas menjangkau lebih seratus peratus, pencemaran juga bertambah, kekurangan tempat letak kenderaan kian runcing, kekerapan berlakunya kemalangan dan dibebani pula dengan pembayaran tol di lebuhraya dan jalan-jalan utama.
Akibat daripada itu, semakin ramai orang menghadapi tekanan demi tekanan dalam perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat untuk menjalankan urusan harian.
Oleh itu, adalah wajar PSM dapat mengemukakan pelan dan dasar alternatif bagi menangani krisis pengangkutan ini yang saban hari tidak dapat dikawal lagi.
Satu-satunya dasar alternatif adalah pengambil-alihan sektor pengangkutan awam oleh kerajaan bagi memastikan ianya dapat memberikan khidmat yang lebih selesa, berkesan dan efisien kepada para pengguna di samping tidak mementingkan keuntungan semata-mata.
Langkah tersebut juga dapat membantu mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di atas jalanraya yang menjadi penyebab utama kesesakan lalulintas, pencemaran udara, kemalangan dan tekanan mental di kalangan pengguna jalanraya, di samping dapat mengurangkan bebanan hutang rakyat jelata yang terpaksa meminjam daripada bank untuk membeli kenderaan persendirian sebelum ini.
Pemantauan terhadap hasil perjanjian TPPA
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik telahpun dimeterai oleh negara kita pada bulan Februari yang lalu, walaupun terdapat bantahan secara besar-besaran dan wakil-wakil rakyat yang menentang perjanjian perdagangan yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.
Dan ini bukanlah suatu pengakhir buat PSM. Dakwa kerajaan pusat, TPPA ini seharusnya mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
Bagi membuktikan yang TPPA ini bakal membawa lebih banyak jenis akibatnya kepada rakyat jelata dan seluruh negara, PSM perlu menggerakkan usaha mereka untuk membuktikan bahawa dakwaan kerajaan pusat mengenai kebaikan TPPA kepada rakyat dan negara adalah tidak tepat sama sekali.
Untuk itu PSM perlu membentuk beberapa jawatankuasa kerja bagi memerhati beberapa tindakan susulan yang bakal diambil oleh kerajaan pusat bagi menyelaraskan dasar mereka dengan kehendak TPPA, seperti di dalam bab-bab yang melibatkan industri kecil dan sederhana (IKS), perkhidmatan kesihatan, alam sekitar, perumahan negara, makanan, hak intelek dan bab buruh.
Ruang PSM untuk memantau kerajaan yang ada masih luas, pendek kata, PSM kini lebih mengutamakan pemerhatiannya terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan ini yang disifatkan membebani rakyat jelata dengan mengemukakan lebih banyak dasar alternatif bagi membolehkan rakyat jelata menilai dan membandingkan apa yang paling baik untuk mereka.
Langkah-langkah ini juga dapat membantu PSM untuk merealisasikan jumlah perwakilan mereka di peringkat parlimen dan dewan-dewan undangan negeri di suatu hari nanti.