BN semakin diktator
Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib Razak kini semakin diktator. Kenapa ianya semakin diktator? Kerana ketakutan kerajaan BN di dalam menghadapi masalah mereka sendiri.
Masalah BN yang paling serius adalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaan yang dilihat semakin tidak dapat dikawal lagi. Berbilion-bilion ringgit hilang dengan begitu sahaja pada setiap tahun akibat daripada nafsu buas ramai pemimpin BN dan para pegawai kerajaan yang menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka.
Oleh kerana BN tidak dapat menangani gejala tersebut, kritikan daripada umum terhadap kerajaan BN semakin lantang, Pembongkaran demi pembongkaran jelas memperlihatkan kelemahan BN di dalam mentadbir negara ini.
Matawang negara juga kian lemah, inflasi juga turut naik, pendapatan rakyat jelata menjadi semakin kecil akibat daripada krisis matawang ringgit dan inflasi yang jelas telah meningkatkan kos sara hidup setiap rakyat.
Demi menutup segala kelemahan dan perbuatan mereka yang keji ini, kerajaan BN telah mengambil beberapa langkah yang drastik bagi menutup segala kemaluan yang mereka kini hadapi akibat daripada ketamakan dan nafsu yang tidak terhingga.
Mereka yang membongkarkan salahlaku dalam kerajaan ditangkap dan diheretkan ke mahkamah, dituduh pula mencuri rahsia kerajaan, portal berita yang melaporkan perkara yang sebenarnya disekat, sesiapa yang mengkritik pemimpin negara ataupun pegawai kanan kerajaan turut ditangkap dan didakwa kerana "menghina" dan "mengancam" kestabilan negara.
Dan ada ura-ura baru-baru ini kerajaan BN akan mencadangkan agar suatu rang undang-undang digubal bagi mengawal aliran informasi di dalam internet, mewajibkan semua penulis blog, pemilik portal berita dan lain-lain laman web untuk mendaftarkan diri mereka dengan kerajaan agar segala pergerakan mereka dapat dikawal dan diperhatikan sepenuhnya.
Alasan kerajaan BN adalah, kerana kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak akan memudaratkan keselamatan negara.
Jadi, kerajaan BN kini merasakan kecaman dan kritikan umum melalui internet terhadap mereka adalah lebih mengancam daripada jenayah-jenayah yang berleluasa di jalanan? Nampaknya kerajaan BN telah hilang kewarasan di dalam pertimbangannya.
Akibatnya, kerajaan BN kini semakin diktator, tetapi menafikan pula langkah-langkah diktatornya dengan alasan tindakan tersebut adalah untuk mencegah "ancaman pengganas" yang kian menghampiri negara kita.
BN kini menggunakan isu "ancaman pengganas" untuk mengekang segala ketidakpuashati rakyat jelata terhadap pentadbiran dan para pemimpin mereka.
Jika sekiranya BN dibenarkan untuk terus memerintah negara ini, adalah dibimbangi negara kita akan hancur lebur akibat kebangkrapan yang dibuatnya itu.
Bersedialah untuk menghadapi suatu cabaran yang lebih sengit di masa yang lebih dekat.