Kenapa kita semua perlu fahami Das Kapital?

Tahukah anda? Tahun 2017 menandakan ulangtahun ke-150 penerbitan buku tulisan Karl Marx yang berjudul āDas Kapitalā. Buku āDas Kapitalā merupakan salah satu karya pemikiran Marx yang amat penting. Buku ini membawa kritikan yang amat tajam dan mendalam terhadap sistem kapitalis. (Das Kapital adalah perkataan Bahasa Jerman, Capital dalam Bahasa Inggeris, dan bermaksud Modal dalam Bahasa Malaysia.) Pemikiran Marx dan Marxisme bukannya sesuatu yang jatuh dari langit, atau timbul secara tiba-tiba. Kesedaran sosial ditentukan oleh kewujudan sosial, begitu juga dengan pemikiran Marx dan teori yang dikemukakannya. Teori Marxis adalah hasil intelektual yang dikumpulkan daripada pemerhatian, penglibatan politik dan refleksi Marx serta pendukung ideanya terhadap masyarakat semasa. Sepanjang hidupnya, Karl Marx (1818-1883) telah menyaksikan perkembangan pesat sistem sosio-ekonomi kapitalis di Eropah dan kesan-kesan daripadanya, sama ada yang positif ataupun negatif. Pemerhatian Marx terhadap si...