Apakah PAC ini satu kumpulan rahsia?
Rencana saya ini telah diterbitkan di dalam Aliran.com pada 25/1/2016 Adalah amat mendukacita sekali apabila kita mendapati ada di kalangan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah mencadangkan supaya kebebasan bersuara di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (Public Accounts Committee – PAC) disekat. Ini agar maklumat berhubung dengan penyiasatan terhadap penyalahgunaan kuasa dan rasuah di dalam kerajaan yang diterajui oleh BN tidak disalurkan kepada media dan orang ramai. Persoalan di sini adalah, adakah para pemimpin BN lebih gemar PAC ini berfungsi sama seperti satu kumpulan rahsia agar kesemua bentuk maklumat berkepentingan umum disekat daripada diketahui rakyat jelata? Adakah para pemimpin BN ini turut mempunyai pelbagai kepentingan peribadi di sebalik penyalahgunaan kuasa dan rasuah di dalam jentera kerajaan selama ini? Jika sekiranya larangan tersebut benar-benar diterima oleh kerajaan BN dan dikuatkuasakan, maka adalah amat jelas bahawa kerajaan BN ini sememangny...