Patriotisme pada Bersih 4

Pada perhimpunan Bersih 4, kita semua telahpun menyaksikan puluhan ribu rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara tidak mengira kaum, agama, warna kulit atau taraf turun ke Kuala Lumpur secara beramai-ramai untuk melahirkan ketidakpuasan mereka terhadap kemelut yang sedang melanda negara kita. Apa yang perlu kita katakan terhadap tindakan sebilangan besar rakyat Malaysia yang telah berkumpul secara beramai-ramai di ibu negara pada dua hari ini untuk menyertai perhimpunan Bersih 4? Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara? Ya, mereka sepatutnya dicapkan sebagai patriot dan rakyat Malaysia yang sejati kerana mereka sungguh prihatin dan sayangkan negara mereka. Mereka keluar beramai-ramai dengan berbaju kuning kerana ingin melahirkan kebimbangan mereka terhadap keadaan dan kemelut yang sedang memusnahkan negara tanah tumpah darahnya mereka. Skandal yang berlaku di dalam kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak habis-habis dan asyik berulang dan t...