Posts

Showing posts from July, 2015

Pendedahan penyelewengan dana kerajaan adalah patut

Image
Pendedahan kepada umum mengenai penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berlaku di kalangan para pemimpin, pegawai kerajaan dan mereka yang beruurusan secara langsung dengan kerajaan adalah wajar dan patut dialu-alukan, serta digalakkan di kalangan rakyat jelata. Selain daripada itu, pendedahan mengenai salahlaku yang berlaku di dalam kerajaan ini juga tidak akan menyebabkan sebarang rusuhan ataupun kacau bilau oleh rakyat jelata, malah rakyat akan sedar dan mengetahui apakah kerajaan yang sekarang mampu memberikan khidmat mereka yang berkesan kepada rakyat dan negara. Rakyat tidak akan merusuh semata-mata kerana telah mengetahui bahawa kerajaan yang ada sekarang telah banyak melakukan kesalahan dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya. Justeru daripada itu, kenyataan baru-baru ini oleh seorang pegawai tinggi polis yang berpangkat ā€œJeneralā€ yang mengatakan mereka dan pihak yang mendedahkan salahlaku yang berlaku di dalam kerajaan bakal menyebabkan rusuhan dan ketidakt...

Perihal komentar, kritikan dan teguran

Image
Artikel saya ini telah diterbitkan di dalam akhbar Sosialis terbitan bulan Mei-Jun 2015 Apakah yang dimaksudkan berkomentar? Begitu juga dengan kritikan, apakah maknanya di sebalik? Bagaimana pula dengan teguran? Berkomentar adalah bermaksud memberikan pandangan yang meliputi pelbagai sudut, makna dan tujuan. Kritikan adalah sesuatu pandangan yang kurang atau tidak menyokong sesuatu tajuk, perbuatan ataupun dasar, manakala teguran adalah merupakan suatu tindakan yang lebih menonjol untuk cuba memperbetul atau cuba membongkar sesuatu dengan pandangan atau kata-kata yang lebih kritikal dan sinis. Di dalam apajua bentuk ataupun tindakan berkomentar, mengkritik dan menegur pihak-pihak yang tertentu, ianya adalah sebahagian daripada lumrah dan kehidupan kelompok kemanusiaan yang sejagat. Ianya berlaku hampir pada setiap hari. Di dalam amalan sistem demokrasi pada hari ini, tindakan berkomentar, mengkritik dan menegur pemimpin kerajaan, jabatan dan agensi pentadbiran berserta de...