Posts

Adakah kerajaan campuran yang baru ini akan juga tumbang tak lama lagi?

Image
Baru selesai naib presiden Umno, Datuk Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang kesembilan pada Jumaat yang lalu, kini timbul pula satu pertelingkahan terbuka mengenai nama kerajaan yang bakal dibentuk ini. Bekas perdana menteri yang juga presiden PPBM merangkap pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah mengucapkan tahniah kepada perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan mengatakan bahawa Ismail Sabri akan meneruskan pemerintahan "kerajaan PN" dengan memberikannya suatu nafas kepimpinan baru. Setelah kenyataan ucap tahniah Muhyiddin tersebut, setiausaha-agung Umno, Datuk Ahmad Maslan dan ahli majlis tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menolak mentah-mentah kenyataan Muhyiddin yang mendakwa kerajaan baru yang bakal dipimpin Ismail Sabri itu adalah kerajaan PN kerana ianya terdiri daripada campuran tiga gabungan BN, PN dan GPS serta Parti Bersatu Sabah (PBS). Lantas daripada itu, majlis pimpinan tertinggi PN

Peranan Parlimen Menyemak dan Menegur Kerajaan Bukan Mainan Politik

Image
Kita telah pun lihat dan asyik mendengar kenyataan yang sering dikeluarkan oleh beberapa pemimpin kerajaan pemberontak yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) yang beberapa kali mendakwa ahli-ahli parlimen daripada parti-parti pembangkang yang menyemak, mempersoal dan menegur belanjawan, dasar dan perlaksanaan yang dijalankan oleh kerajaan pemberontak PN ini sebagai suatu cubaan untuk mempolitikkan isu-isu dan menggugat kestabilan negara. Ketua kerajaan pemberontak Muhyiddin Yassin, menteri kewangannya Tengku Zafrul Aziz serta beberapa menteri kabinetnya sering mendakwa ahli-ahli parlimen dari parti-parti pembangkang terus mencetuskan "keadaan politik yang tidak stabil" yang boleh "menggugat usaha pemulihan negara" yang kini sedang dilaksanakan, sebaliknya perlu menyokong sepenuhnya rancangan tersebut demi manfaat rakyat. Ingin kami tegaskan bahawa kenyataan yang sering dibuat oleh para pemimpin PN ini sebagai memutarbelitkan keadaan, memberikan kenyataan yang t

Akibat hilang majoriti mudah, PN mula membeli belah, menawarkan harganya

Image
Kerajaan pemberontak Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti mudah di parlimen, sekaligus membuktikan bahawa kerajaan pemberontak pimpinan beliau itu telah tumbang walaupun sebelum parlimen dapat bersidang semula. Namun demikian, presiden PPBM itu masih enggan berganjak, sebaliknya mendakwa masih mempnyai majoriti untuk terus memerintah sehingga tahun 2023 yang akan datang. Akan tetapi apabila, didesak agar PN menguji kekuatannya sekarang di parlimen, Muhyiddin enggan berbuat demikian dan menggunakan alasan penularan covid di parlimen untuk mengelak daripada berhadapan dengan satu lagi persidangan parlimen, sebaliknya menjadualkan persidangan parlimen seterusnya diadakan pada bulan September depan. Apabila didesak agar persidangan parlimen diadakan secara talian (online) berikutan penularan covid, diberikan pula satu lagi alasan bahawa pengurusan parlimen kekurangan pakar dan belum lagi dapat bersedia untuk mengadakan persidangan parlimen

Why does EPF need to dispose its assets to get cash upfront?

Image
Recently the rebel government of Muhyiddin Yassin had agreed to allow depositors to withdraw their savings in the Account 1 partially from the Employees' Provident Fund (EPF) after much pressure from both side of the political divide during the ongoing parliamentary sitting which is now debating on the allocations for the Budget 2021. However, what came to a grave surprise is, the EPF made a public statement informing the public that they need to liquidate much of its assets and rebalance their investment portfolios in order to obtain cash upfront to facilitate withdrawals from depositors. Unfortunately it comes into a big question mark here, why does EPF need to dispose off its assets in order to obtain the much needed cash in order to fund the depositors' withdrawal? Where has the EPF's cash reserves or reserve funds gone to? How does EPF actually manage the entire portfolios in the group which serves as a retirement fund for majority of the workers in this country? Liqui

Wahai Perikatan Nasional, Sila Duduk dan Jangan Lari!

Image
Perikatan Nasional yang kini sedang menerajui kerajaan pemberontak telah membentangkan Belanjawan 2021 di dalam sidang parlimen baru-baru ini.  Peranan parlimen dan ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang bersidang dalam beberapa hari ini adalah jelas, iaitu meneliti dan memantau setiap butir-butir cadangan Belanjawan 2021 tersebut agar unsur-unsurnya dapat disemak dan ditegur menteri kewangan yang membentangkannya sekiranya terdapat apa-apa keraguan yang timbul. Jangan sekadar membentangkan sahaja Belanjawan 2021 tersebut dan seterusnya tidak hadir di dalam persidangan parlimen seterusnya, dan selepas itu lari meninggalkannya apabila soalan-soalan yang dikemukakan bertambah rumit atau tidak dapat menjawabnya. Menteri kewangan, dan kedua-dua timbalan menteri kewangannya haruslah menunjukkan sifat tanggungjawab dan proaktif mereka dengan menghadiri sepenuhnya sesi perbahasan Belanjawan 2021 tersebut bagi menjawab apajua keraguan dan persoalan yang timbul, serta memberikan penjelasan yang m

Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk hentikan pembayaran gaji jika Belanjawan ditolak

Image
Tidak ada sebarang peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada satu-satu kerajaan untuk menghentikan pembayaran gaji kepada semua kakitangan awam sekiranya Belanjawan 2021 kali ini tidak diluluskan oleh parlimen. Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh menteri kewangan baru-baru ini seolah-olah suatu bentuk ancaman yang terancang seperti mahu menyalahkan ahli-ahli parlimen yang mempersoalkan beberapa cadangan peruntukan di dalam Belanjawan 2021 tersebut. Barangkali menteri kewangan ini, oleh kerana bukan ahli politik, jadi memberikan kenyataan beliau samalah seperti mengugut proses demokrasi berparlimen. Proses demokrasi berparlimen harus dihormati sepenuhnya peranannya menjalankan semak imbang, memantau dan menegur kerajaan dalam pelbagai aspek perlaksanaan termasuk Belanjawan negara. Kami menyeru menteri kewangan ini agar merujuk kepada perdana menteri terlebih dahulu di masa yang terdekat apabila ingin mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian.

Budget 2021 must to be checked, scrutinised and accountability ensured

Image
The Budget 2021, not only this, the state government annual budgets, all kinds of budgets need to be thoroughly checked, undergo a detailed scrutiny and ensure that everyone undertaking the roles in the budget are accountable in carrying out its implementations and authorising its handouts. Of course, the parliament and the respective state legislative assemblies are all responsible in ensuring that they play the most effective roles in check and balance to ensure these budgets benefit everyone, not just the few or the elites. The budgets are also not mean for only those elites nor reserved for those feudalistic and symbolic figures. We are in opinion that it is not for those in the feudalistic and symbolic positions to decide on whether this budget should or should not be approved. It is up to the members of parliament and state legislative assemblies to check on these budget when they are being tabled by the finance minister and the respective state menteris besar, chief ministers or